Part 3 ( Final )
17/01/2015 - 18/01/1015
Assalamualaikum
Bismillah...
Hari ke 11 nak balik Malaysia dah...jam 9 pagi siap dah keluarkan bagasi...letakkan diluar bilik. Mana-mana yang x perlu dibawa balik, tinggalkan kat dlm bilik je, termasuk selipar dan kain ihram Mr. Hubby ( dah siap cuci ). Sedih juga...memanglah sedih, berkali-kali tngok keliling bilik, walaupun bilik tak sebesar mana. Tu sebab bila berada dimana-mana memang tak lepas dari merakamkan detik-detik sekeliling...untuk flash-back. Dah keluar dari bilik memang tak masuklah lagi dah...nak buat tawaf wida. Memang awal pegi masjid, nak wat apa-apa yang patut...tiada waktu haram untuk solat-solat sunat di Masjidil Haram...nak ambil kesempatan terakhir sebelum balik ke M'sia dan nak selesaikan tawaf wida sebelum waktu zohor.
Keadaan di dataran Kaabah memanglah berdebu dan bising dengan pembinaan sekeliling...kenalah bersabar dengan segala kekurangan. Selesai segala bagai solat dan berdoa...sesaja pandang Kaabah...yelah dah depan mata...walaupun tak dapat berada didepan pintu Kaabah cuma didepan Hijir Ismail antara Rukun Iraqi dan Rukun Syami ( macam-macam perkara bermain difikiran ) only ALLAH knows. Dah puas menatap Kaabah...bergambar-gambar buat kenangan then buat tawaf wida dan solat sunat tawaf terus tinggalkan Masjidil Haram whilst jemaah-jemaah lain berpusu-pusu masuk untuk solat zohor. Solat jamak kat surau hotel je dan lepas tu tunggu bas sampai.
Gambar sebelum tawaf wida...
Ma'as salamah Makkah Almukaramah... moga ALLAH beri kelebihan rezeki untuk sampai sini lagi, InshaALLAH AMEEN...perjalanan ke Jeddah sangat mengantukkan, landskap berbukit-bukit batu batan, sesekali jumpa tompokan kehijauan rumput. Nak sampai Jeddah barulah berkilometer bangunan-bangunan sepanjang jalan...penat kepala toleh kiri kanan. Teruja tengok pembangunan di sepanjang jalan kekota Jeddah...tak sempat nak ambik gambar. Yelah masa tunaikan haji dulu tak perasan sangat sebab malam.
Ada bunga-bunga kat celah-celah rumput...ingatkan bunga plastik...
Singgah kejap kat pantai Laut Merah...tak turun pun dan lalu je kat masjid terapung sebab nak kejar masa. Kat airport selepas melepasi imigresen Saudi ( lembannya wat keja - maaf )...tunggu lagi, boarding kul 10 mlm. letih menunggu je!
Kat airport Jeddah...
At last, call for boarding...dalam flight peninglah pulak kepala...
Cantiknya cahaya matahari...MASYA ALLAH...
Alhamdulillah selamat sampai KLIA jam 1 tengahari waktu M'sia...
No comments:
Post a Comment