Thursday, 20 August 2015

THROWBACK EID UL FITR 2015

Assalamualaikum
Bismillah...


Ramadhan dah berlalu....syawal pun sama berlalu..alhamdulillah moga segala amalan diterima olehNYA.

Persiapan biskut raya dibuat seawal 2 minggu puasa..tu pun dibuat hujung minggu. Takde yang special...biskut biskut biasa je, kek lapis dan kek buah, syukurlah ada anak-anak yang bantu.




Sehari sebelum aidilfitri pun masih kerja lagi, takde cuti dah.  Juadah tahun ni sama macam tahun-tahun sudah, ketupat, rendang ayam, kari daging, sambal kacang dan kuah lodeh.  Kebetulan aidilfitri jatuh pada hari Jumaat, terpaksa bersiap awal kerumah bonda. Tak taulah kenapa di hari baik bulan baik terdengar berita yang sangat-sangat tak menyenangkan ( biarlah rahsia ).  Moga di beri ketabahan mental pada yang berkenaan.  Mood raya terbang 50%.

What a pity...bonda tahun ni beraya dengan mata yang tak jelas penglihatan..walaupun dah lakukan operation.






No theme for this year...suka-suka warna apa nak pakai..takde masa nak fikirkan...

Hari raya kedua dan ketiga ramai tetamu bertandang...alhamdulillah, raya keempat dah mula kerja...sedih.  Takpelah tahun-tahun mendatang, panjang umur nothing to worry about raya leave...dah jadi YB... InsyALLAH...


No comments: