Friday, 21 August 2015

Unplanned Journey..

Assalamualaikum
Bismillah....


30/7/2015...Sebelum berakhirnya Syawal, berkesempatan balik bandaraya...biasanya orang lain balik kampung...kita balik bandarayalah pulak...balik Kuala Terengganu.  Tak lama kat sana...weekend je...kebetulan cuti rehat pun dah takde.  Dah lebih kurang 6 bulan tak balik.  Hari keenam Mr.Hubby berpuasa, bermakna besoknya dia raya.  


Nampaknya terpaksalah beriftar dalam kenderaan...sempat singgah kat kedai makan depan UMP,  tapau apa-apa yang patut sebab tak nak sampai rumah  lewat malam.


Perjalanan melalui LPT sememangnya cepat dan lancar dan boleh speed...but we've to keep our eyes open every now and then.  Setakat ni takdelah nampak benda pelik-pelik...bau-bauan adalah.  Sampai ke destinasi awallah juga, sempat pula menyinggah warong berhampiran  rumah, meroti canailah malam-malam buta, melayan orang baru  abis puasa...selera lain macam je.


Once inside the house rutin biasalah...mengemop satu rumah, luckily rumah tak besar mana.  Anak-anak memang dah faham tugas masing-masing.  Happynya dapat tukar angin...there is no place like home...our second home.


Sebelum pegi memang dah rancang nak masak briyani simple untuk celebrate raya 6 Mr. Hubby...siap bawa beras panjang dan rempah-rempah yang sewaktu dengannya.  Pagi-pagi dah merempit ke pasar Cabang Tiga nak cari daging dan lain-lain keperluan.


Sempat pulak bersarapan laksam kat warong pasar...




Kentang yang beranak dalam fridge setelah ditinggalkan selama 6 bulan...




Nasib baiklah ada pembantu...pressure-cooker yang dibeli  di Makkah tatkala  mengerjakan haji dulu...jimatlah masa dan gas.  Masak udang lagi, beli kat Pasar Payang pulak...gandingan masakan yang tak mengikut sunnah Rasulullah...



Belakang rumah yang dah ada projek perumahan. Mr.Hubby pun sibuk je keluarkan peluh...yelah bertukar angin, rajin semacam...


Program Kebersihan yang tak serupa bikin...tengok tuu sampah bersepah-sepah...




Out of the blue met Mr. Hubby long lost friend/neighbour...sempat beraya lagi...






No comments: