Thursday, 12 February 2015

TRAVELOG UMRAH 2015

Part 1 ( Muar - Madinah )
07/01/2015 - 10/01/2015

Assalamualaikum
Bismillah...


07/01/2015 - 17/01/2015.. tarikh yang dipilih bagi kunjungan ibadah umrah & ziarah, memandangkan waktu tersebut cuaca dikhabarkan sejuk.  Jam 6.50 pagi bertolak dari rumah  beserta 2 orang anak, tiada ahli keluarga yang menghantar, cuma sahabat Mr.Hubby yang sudi hantar ke KLIA...belajar untuk tidak menyusahkan keluarga...pun takde yang offer diri.




Usai segala urusan di KLIA, rehat-rehatkan diri tunggu flight kul  3.00 ptg...menaiki Saudi Airline terus ke Madinah via Riyadh...turunkan penumpang ( cuma beberapa orang je ).




 Posing-posing nak elakkan boring...





Kat dalam flight....


Antara juadah dalam flight...


Ati tak sabar nak jejak bumi Madinah...


Sesampai di airport Prince Mohammad di Madinah Al Munawwarah...keceriaan terpancar di wajah setelah 8 jam keletihan dalam flight...oh Madinah...we're here again...thanks ALLAH...menitis airmata gembira...





Selesai urusan Imigresen dan Kastam ( makan masa juga ) terus ke hotel Anwar Al Madinah Movenpick menaiki bas.  Hotel yang jaraknya 20 meter dari Masjid Nabawi, tempat menginap waktu mengerjakan haji dulu.  Tiada perbezaaan, masih macam dulu ( terubat kerinduan )...cuma coridor bilik dah berkarpet.  Terbayang waktu tu bentang tikar kat luar bilik nak makan bersama Mr.Hubby...sebab tidur berasingan.  Bilik memang luas, hotel 5 bintang...bersesuaian dgn harga package... hampir sangat dengan masjid...tiada alasan untuk tidak turun solat kat masjid.  Cuaca memang sejuk dan nyaman, bahagia tak terkata berada disini lagi...alhamdulillah.

Di lobby hotel...tunggu checkin bilik...


Dalam bilik hotel...( abaikan lubang tandas...ha ha ha )







Dari tingkap bilik....



Subuh pertama di Masjid Nabawi..

Di kafe hotel...antara juadah-juadah yang disediakan....







Alhamdulillah tiap kali waktu solat dapat tempat selesa dalam masjid...mungkin kerana awal tiba.  Keadaan terlalu sesak dalam dan luar masjid, sesaapa yang lewat sikit terpaksa solat di dataran, macam musim haji lak.

Curi-curi gambar...( yg kat dlm masjid )








Hari ke 2, banyak hotel-hotel sekitar masjid dah dirobohkan dan bakal dirobohkan, nak buat pembesaran kawasan masjid katanya.  
                                                                                            






Pagi..sesi lawatan ke tempat-tempat bersejarah disekitar kota Madinah - Masjid Quba, Jaabal Uhud...  kat Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh bas lalu je.  Akhir sekali ke Ladang Kurma, sepanjang jalan x nampak pun pokok kurma yang berbuah.  Bas-bas jemaah lain tak putus-putus datang dan pergi, borong sakan masing-masing.  Macam-macam perangai manusia...terutama yang tak sabar dan berebut-rebut, nak potong Q je...malunya ( terutama dari negara jiran M'sia )  Balik hotel sebelum zohor.
Kat Masjid Quba...




Kat Ladang Kurma...



Kat Jabal Uhud...










Hari ke 3 (mlm) kaum wanita di bawa ke Raudah oleh mutawif wanita...dari Indo, lembut suaranya dan fasih berbahasa arab.  Berjam-jam tunggu turn nak masuk Raudah...berhimpit-himpit dan bertolak-tolak, ngerinya.  Ya ALLAH...manusia sememangnya kurang sikap sabar walau dimana mereka berada, pada hal dah diberi giliran...serbu macam apa.  Selesai dah... solat dan berdoa (tengahmlm).


Kat luar masjid masih ramai lagi yang belum balik hotel, kat Madinah waktu berada dalam masjid dihadkan bukan macam di Makkah.  Sampai bilik hotel dah tersedia nasi mandy...sempat gak Mr Hubby ajak mutawif & rakan ke restoran (jauh katanya) yang hanya dibenarkan lelaki je makan kat situ).  Cuaca sejuk di Madinah dan suhu malam adakalanya mencecah 9 C.  Tak puas rasanya hanya seketika berada di Madinah...sok ptg dah nak gerak ke Makkah.



No comments: