Part 2 ( Madinah - Makkah )
10/01/2015 - 16/01/2015
Assalamualaikum
Bismillah...
Labaik ALLAHuma Labaik....hari ke 4 lepas zohor dah nak teruskan perjalanan ke Makkah. Seperti biasa singgah di Bir Ali untuk bermiqat ihram. Maka bermulalah perjalanan menaiki bas lebih kurang 8 - 9 jam. Berhenti seketika di kawasan rehat...tapi tak turun pun...sedia maklum kemudahaan kat situ macamana.
Kat Makkah kami ditempatkan di Hotel Nada Deafah...180 meter dari Masjidil Haram...seronok tak terhingga berada di bumi haram Makkah untuk kesekian kali. Syukur alhamdulillah dimurahkan rezeki untuk sampai kesini lagi. Sebilik untuk 4 orang...memang mintak macam tu pun. Kecik je biliknya...takpelah, bukan nak duduk bilik sangat. Setelah berehat dan makan malam yang dah malam sangat...sedia mengikut mutawif mengerjakan umrah wajib. Cuaca tengah malam terlalulah sejuk...alhamdulillah selesai mengerjakan umrah hampir pukul 4 pagi, masih lagi ramai jemaah... ingatkan nak tunggu hingga waktu subuh...tapi anak-anak dah terlalu keletihan. Dalam perjalanan balik hotel, singgah pulak beli aiskrim.
Umrah wajib...




Takde tempat nak susun beg....
Jemaah memang ramai, mcm kat Madinah ( tua, muda, remaja, kanak-kanak ) Kat Makkah selalu berebut tempat solat...tempat dalam masjid terhad...lelaki diberi keutamaan perempuan di halau kesana sini. Tu sebab kena datang awal ke masjid. Mungkin kerana pembinaan yang sedang dilakukan dalam dan luar masjid. Walaupun pada mata kasar takde ruang untuk kita tapi alhamdulilah... dapat buat tawaf sunat depan Kaabah, tidak di tingkat satu atau dua. Kat dataran jam besar pun penuh sesak dengan jemaah bersolat tiap waktu... selalu tersekat di celah-celah lautan manusia...terutama waktu-waktu kritikal.
Construction dalam & luar masjid...
Dalam dan sekitar masjid...

Hari-hari berikut rutin yang sama...umrah...masjid...tawaf sunat...cuci-cuci mata...balik hotel. Walaupun penat meredah manusia-manusia tiap hari tapi keseronokkan tu ada.
Ada kelapangan masa, biasanya lepas solat subuh...bawa anak-anak tukar selera
di restoren-restoren kat bangunan Al Safwah Hotel atau Abraj Albait, banyak
tempat-tempat makan kat dalam tu. Kat sini pun Mr. Hubby berjaya cari nasi mandy, bersama mutawif juga.
Main lambak-lambak je...
Hari ke 8, jemaah di bawa menziarahi tempat-tempat bersejarah...Jabal Thur, Jabal Rahmah ( anak-anak yang daki sampai atas ). Jabal Nur, Padang Arafah dan Mudzalifah...lalu je ( tak banyak beza sejak 5 tahun lalu ) cuma tandas-tandas diperbanyakkan untuk musim haji. Seterusnya ke Ja'aranah untuk berniat ihram.
Tunggu bas untuk sesi lawatan...




Jabal Thur....



Jabal Rahmah...


Sekitar tempat Melontar...

Sempat selfie dalam tandas....apalah...

Makan-makan...



Besok dah nak balik...
No comments:
Post a Comment