Monday, 4 January 2016

TRAVELOG UMRAH DISEMBER 2015

Final ( Madinah - Malaysia )
16/12/2015 - 17/12/2015

Assalamualaikum
Bismillah...

16/12/2015
Time flies...kejap je masa berlalu.  Tika semua jemaah bersiap berkemas untuk pulang ke tanah air, out of the blue seorang jemaah lelaki  Hairi ( 60 tahun ) jatuh sakit tak sedarkan diri selama beberapa jam.  Mula-mula cuba disedarkan dengan dibacakan Yassin tapi takde respond langsung lantas dikejarkan ke hospital.  Room-mate beliaulah yang tolong kemaskan barang-barang sebab lepas asar nak ke airport.  Sememangnya dari KLIA tempohari sebelum bertolak dah nampak keuzuran beliau...tapi kenapa ye isteri beliau tak menemaninya yang sememangnya mengetahui suaminya berpenyakit dan kuat merokok pulak tu. Luckily dalam rombongan kami ada doktor yang turut sama kerjakan umrah ( last minit baru tau ).  Lepas asar dan ziarah wida' bas bertolak ke airport Madinah.  So rombongan kami terpaksa ke airport Madinah dulu tanpa beliau. Ya ALLAH sedih dan sayunya hati tinggalkan Masjid Nabawi tinggalkan Madinah.  We'll be back again, Insha ALLAH. 

Hairi ( baju hijau )...



 Kat hospital Madinah...

At last alhamdulillah Hairi dapat turut serta pulang ke Malaysia setelah di rayu oleh mutawif kami.  Kat airport beliau kelihatan menggigil je...menceritakan yang beliau kelaparan kat hotel...bila lewat turun cafe, makanan dah dikemas.  Yelah hotel kat Madinah tak macam hotel kat Makkah yang ada servis makanan  ( air dan roti ) setiap masa.  Katanya dia kekurangan gula dan biasanya kalau dah dapat minuman atau makanan bergula ketar-ketar tubuhnya hilang...tapi kat airport Madinah walaupun telah diberi minuman dan makanan masih lagi terketar-ketar menggigil dan terbaring di bangku.     Saat mutawif melepaskan rombongan kami untuk boarding, kelihatan air-mata beliau meleleh bila memandang  Hairi.  Rupanya ada cerita yang pada saat tu kami semua tak ketahui.  Dalam flight mata ni tak putus-putus mengerling kat Hairi yang duduk berhampiran.  Saja mencari tanda-tanda... ALLAH Maha Berkuasa...tak akan dicepatkan atau di lewatkan ajal seseorang.

Airport Madinah...




17/12/20115
Sampai di KLIA jam 1.00 petang lebih kurang sebab transit di Riyadh ( tak gemar betullah kalau ada transit-transit nii ) dah tu bila sampai Malaysia pesawat Saudi berlegar-legar di angkasa KLIA selama  setengah jam sebelum landing...pening wheey kepala...
Alhamdulillah selamat sampai ke tanah air dengan bermacam-macam harapan dan azam.

**** On the whole, I prefer  performing Umrah first before ziarah Madinah...


 Dua beradik yang mengambil kami di KLIA...



Dari catatan ustaz mutawif kami...



18/12/2015
Innalillahiwainnailaihirojiun....in the crack of dawn dapat talifon Hairi dah kembali ke pangkuan Penciptanya  di rumahnya... baru je beberapa jam kembali dari tanah suci Madinah...semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman...InshaALLAH...





No comments: