Saturday, 9 January 2016

END YEAR VACATION 

21/12/2015 - 24/12/2015

Assalamualaikum
Bismillah...

21/12/2015
Belum puas memerap kat rumah dah makan angin lagi.  Ke Pulau Lagenda lah pulak.  Sebenarnya semua ni rancangan anak, segalanya telah diuruskan...cuma sediakan badan je, nak ditolak nanti merajuk pulak.  Sebenarnya masih lagi jet-lagged, tak semua yang turut serta, yang dua orang tu masing-masing ada urusan.

By airport coach jam 11 pagi ke KLIA2, flight dijangka pukul 3 petang.  Sampai sana informed  delayed pulak   selama sejam.  Saat yang paling membosankan ialah menunggu...Air Asia ni selalu je macam ni.  

Yang paling excited...cucu yang dua orang nii...dalam flight mulut tak tau nak senyap.  45 minit perjalanan sampailah ke destinasi...it's been some years since we last visited Pulau Langkawi, at that time travel by ferry from Kuala Perlis.


After settled everything, travelled by rented  Saga to our online booked hotel ( booked by my daughter - Tribago ).  Cuak juga tak jumpa-jumpa hotelnya...setelah pusing berkali-kali...
At last bila dah sampai... ini ke???

This... was where we're supposed to stayed dan slept for 4 days 3 nights...dared to sleep here?? oh no!!.....


Saga yang telah memberi perkhidmatan selama di Pulau Langkawi KDQ 5083...
 

Terpaksa cancelled...kat tnet bilik memang nampak luas, murah dan tak tunjuk keadaan sekeliling...hakikatnya?...pesan kat anak jangan buat dua kali macam ni...( tak taulah dapat refund ke tak ).  Lepas tu talipon hotel kat Kuah semua fully booked...kat pantai Cenang janganlah harap,  yelah waktu cuti sekolah...moreover nak Christmas...at last dapatlah hotel, kat bandarlah gak dan tak kiralah yang macamana sebab dah malam sangat dan keletihan dengan kerenah cucu-cucu, harga mahal lak tu.  Untuk tidur je...siang dah ronda-ronda.

22/12/2105
Kalau ke Pulau Langkawi tak shopping atau window-shopping memanglah tak sah.  Semestinya tempat-tempat kunjungan ramai seperti Haji Ismail Group, Rams, Idaman Suri menjadi tumpuan pengunjung,  tak beli pinggan-mangkuk atau kitchen utensils pun takpe, asalkan beli coklat ( satu kemestian bila gi Langkawi ).  Rupanya shopping-shopping ni melekakan ye...sedar-sedar hari dah petang.  Petang meronda kat Pantai Cenang pulak...nak makan Laksa Power... 
 Macam biasa je...



23/12/2015
Seronoknya jadi mem dan boss, ikut je kemana dibawa anak, nak breakfast nasi dagang...katanya sedap...Warong Nasi Dagang Pak Malau, depan masjid Bkt. Temin on the way to Makam Mahsuri...mahalnya...


Hopefully dapatlah naik cable-car...tapi ya Allah ramainya pengunjung,  sekadar pusing-pusing dan posing-posing je.
On the way back to hotel...



Ingatkan beg tak beranak...rupanya bercucu-cicit sekali,  macamanalah nak bawa balik nanti...terpaksalah beli tambahan bagasi. 

24/12/2015

Murah katanya...

Bye Langkawi...flight balik KLIA2 kul 12.30 tengahari, ke Muar naik airport coach pukul 4 petang...



No comments: