Part 2 ( Makkah - Madinah )
13/12/2015 - 16/12/2015
Assalamualaikum
Bismillah...
13/12/2015...
Pagi terakhir di bumi Makkah Al Mukaramah...di tanah haram Makkah, jam 9.30 pagi dah ke masjid setelah letakkan bagasi di luar pintu bilik. Sebenarnya pukul 3.00 petang dijangka gerak ke Madinah...tapi saja keluar awal nak solat apa-apa yang patut, nak menatap Kaabah...hati dan perasaan hanya DIA yang mengetahui....
"Ya ALLAH kurniakanlah umrah yang mabrur kepada kami, umrah yang kau redhai dan mulia disisimu dan terimalah segala amalan-amalan kami...Ya ALLAH jangan jadikan hari ini kali terakhir hambamu dapat menjejakkan kaki di sini, panjangkan usia kami, berikanlah kelebihan rezeki dan jemputlah kami kembali menziarahi Baitullah berulangkali dengan bertaubat beribadah mengucap syukur dan puji-pujian. Ya ALLAH berikan taufik hidayah dan kerahmatan Mu kepada kami, permudahkanlah perjalanan pulang kami. Jauhilah kami dari malapetaka sepanjang perjalanan kami ke bumi Madinah seterusnya kembali ke tanah air. Ya ALLAH Kau berkatilah kami ya ALLAH, ampunilah kami ya ALLAH".
Jam 3.30 petang bas bergerak ke Madinah, separuh perjalanan singgah di R&R di kawasan Wadi Kudait. Kebiasaannya bas-bas dari Makkah atau Madinah akan berhenti untuk penumpang rehat atau solat disini. Sejuknya kat sini...terlalu sejuk suhu 18 darjah celcius...pemandangan gunung-ganang batu yang sungguh sahdu dan sedih rasanya...nak meleleh air-mata ( bila tiba masa yang dijanjikan, segala gunung-ganang akan hancur lebur )...
Sampai di Madinah Al Munawarah lebih kurang jam 9.00 malam, suasana di Madinah amat mendamaikan...check-in di Hotel Holiday Villa bukannya Hotel Movenpick sebagaimana trip yang lepas, kos meningkat katanya. After call of nature, ke Masjid Nabawi masuk melalui pintu 25... pegi dengan suami je, anak ?? nampaknya selama 4 hari di Madinah solat sendirianlah. Usai solat, nekad untuk ke Raudhah sebab tengok pintu ternganga macam tak ramai je...jam dah pukul 11 malam... mungkin dah kurang pengunjung, terus tumpang semangkuk dengan jemaah syarikat lain...buat donno je...janji dapat masuk. Alhamdulillah syukur sangat-sangat segalanya dipermudahkan.
14/12/2015 - 15/12/2015
Lobi hotel...
Ziarah dalaman...
Masjid-masjid di sekitar Masjid Nabawi...
Old flea market...
Taman Bani Saedah...
Muzium...
Antara juadah yang dihidangkan kat cafe...
Didn't tickled my taste buds, no taste of Asian...
Anyway alhamdulillah...
Ziarah luar kota Madinah...
Kat ladang Kurma...
Masjid Quba...
Alhamdulillah شُكْرًا جَزِيْلً...walaupun pengunjung berpusu-pusu masuk masjid masih dapat solat dengan selesa dan tenang...
Jabal Uhud...
Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment