Tuesday, 19 January 2016

MY SPAGHETTI BOLOGNESE

Assalamualaikum...
Bismillah...

19/01/2016
Adakala di hari-hari tertentu rasanya tak tau nak masak apa,nak makan apa...memeningkan.  Dah jadi suri rumah sepenuh masa ni macam-macam nak fikir, kat luar nak kemas, kat dalam nak kemas...hai membebel pulak makcik nii...

Hari ni nak masak spaghetti bolognese...dah lama tak buat.  Biasanya masak nasi berlauk, tapi semenjak kebelakangan ni asyik buang je nasi ( sedih )...kalaulah duduk kat kampung bolehlah jadi rezeki ayam. Maid bonda yang dulu rajin buat keropok nasi...sedap, jadi bila nasi tak abis makan, bawa balik rumah bonda suruh dia buat keropok. Dah tuntut ilmu gak tapi tak serangup dia buat.  Sekarang ni maid baru tak tau buat keropok nasi tu.

Masak kalau takde pengacau...seronok.  Weekday ni cucu kat nursery, petang baru balik...

Ni spaghetti bolognese kite...



Resipi?  Google je...tambah tu ni ikut citarasa...

Saturday, 9 January 2016

END YEAR VACATION 

21/12/2015 - 24/12/2015

Assalamualaikum
Bismillah...

21/12/2015
Belum puas memerap kat rumah dah makan angin lagi.  Ke Pulau Lagenda lah pulak.  Sebenarnya semua ni rancangan anak, segalanya telah diuruskan...cuma sediakan badan je, nak ditolak nanti merajuk pulak.  Sebenarnya masih lagi jet-lagged, tak semua yang turut serta, yang dua orang tu masing-masing ada urusan.

By airport coach jam 11 pagi ke KLIA2, flight dijangka pukul 3 petang.  Sampai sana informed  delayed pulak   selama sejam.  Saat yang paling membosankan ialah menunggu...Air Asia ni selalu je macam ni.  

Yang paling excited...cucu yang dua orang nii...dalam flight mulut tak tau nak senyap.  45 minit perjalanan sampailah ke destinasi...it's been some years since we last visited Pulau Langkawi, at that time travel by ferry from Kuala Perlis.


After settled everything, travelled by rented  Saga to our online booked hotel ( booked by my daughter - Tribago ).  Cuak juga tak jumpa-jumpa hotelnya...setelah pusing berkali-kali...
At last bila dah sampai... ini ke???

This... was where we're supposed to stayed dan slept for 4 days 3 nights...dared to sleep here?? oh no!!.....


Saga yang telah memberi perkhidmatan selama di Pulau Langkawi KDQ 5083...
 

Terpaksa cancelled...kat tnet bilik memang nampak luas, murah dan tak tunjuk keadaan sekeliling...hakikatnya?...pesan kat anak jangan buat dua kali macam ni...( tak taulah dapat refund ke tak ).  Lepas tu talipon hotel kat Kuah semua fully booked...kat pantai Cenang janganlah harap,  yelah waktu cuti sekolah...moreover nak Christmas...at last dapatlah hotel, kat bandarlah gak dan tak kiralah yang macamana sebab dah malam sangat dan keletihan dengan kerenah cucu-cucu, harga mahal lak tu.  Untuk tidur je...siang dah ronda-ronda.

22/12/2105
Kalau ke Pulau Langkawi tak shopping atau window-shopping memanglah tak sah.  Semestinya tempat-tempat kunjungan ramai seperti Haji Ismail Group, Rams, Idaman Suri menjadi tumpuan pengunjung,  tak beli pinggan-mangkuk atau kitchen utensils pun takpe, asalkan beli coklat ( satu kemestian bila gi Langkawi ).  Rupanya shopping-shopping ni melekakan ye...sedar-sedar hari dah petang.  Petang meronda kat Pantai Cenang pulak...nak makan Laksa Power... 
 Macam biasa je...



23/12/2015
Seronoknya jadi mem dan boss, ikut je kemana dibawa anak, nak breakfast nasi dagang...katanya sedap...Warong Nasi Dagang Pak Malau, depan masjid Bkt. Temin on the way to Makam Mahsuri...mahalnya...


Hopefully dapatlah naik cable-car...tapi ya Allah ramainya pengunjung,  sekadar pusing-pusing dan posing-posing je.
On the way back to hotel...



Ingatkan beg tak beranak...rupanya bercucu-cicit sekali,  macamanalah nak bawa balik nanti...terpaksalah beli tambahan bagasi. 

24/12/2015

Murah katanya...

Bye Langkawi...flight balik KLIA2 kul 12.30 tengahari, ke Muar naik airport coach pukul 4 petang...



Monday, 4 January 2016

TRAVELOG UMRAH DISEMBER 2015

Final ( Madinah - Malaysia )
16/12/2015 - 17/12/2015

Assalamualaikum
Bismillah...

16/12/2015
Time flies...kejap je masa berlalu.  Tika semua jemaah bersiap berkemas untuk pulang ke tanah air, out of the blue seorang jemaah lelaki  Hairi ( 60 tahun ) jatuh sakit tak sedarkan diri selama beberapa jam.  Mula-mula cuba disedarkan dengan dibacakan Yassin tapi takde respond langsung lantas dikejarkan ke hospital.  Room-mate beliaulah yang tolong kemaskan barang-barang sebab lepas asar nak ke airport.  Sememangnya dari KLIA tempohari sebelum bertolak dah nampak keuzuran beliau...tapi kenapa ye isteri beliau tak menemaninya yang sememangnya mengetahui suaminya berpenyakit dan kuat merokok pulak tu. Luckily dalam rombongan kami ada doktor yang turut sama kerjakan umrah ( last minit baru tau ).  Lepas asar dan ziarah wida' bas bertolak ke airport Madinah.  So rombongan kami terpaksa ke airport Madinah dulu tanpa beliau. Ya ALLAH sedih dan sayunya hati tinggalkan Masjid Nabawi tinggalkan Madinah.  We'll be back again, Insha ALLAH. 

Hairi ( baju hijau )...



 Kat hospital Madinah...

At last alhamdulillah Hairi dapat turut serta pulang ke Malaysia setelah di rayu oleh mutawif kami.  Kat airport beliau kelihatan menggigil je...menceritakan yang beliau kelaparan kat hotel...bila lewat turun cafe, makanan dah dikemas.  Yelah hotel kat Madinah tak macam hotel kat Makkah yang ada servis makanan  ( air dan roti ) setiap masa.  Katanya dia kekurangan gula dan biasanya kalau dah dapat minuman atau makanan bergula ketar-ketar tubuhnya hilang...tapi kat airport Madinah walaupun telah diberi minuman dan makanan masih lagi terketar-ketar menggigil dan terbaring di bangku.     Saat mutawif melepaskan rombongan kami untuk boarding, kelihatan air-mata beliau meleleh bila memandang  Hairi.  Rupanya ada cerita yang pada saat tu kami semua tak ketahui.  Dalam flight mata ni tak putus-putus mengerling kat Hairi yang duduk berhampiran.  Saja mencari tanda-tanda... ALLAH Maha Berkuasa...tak akan dicepatkan atau di lewatkan ajal seseorang.

Airport Madinah...




17/12/20115
Sampai di KLIA jam 1.00 petang lebih kurang sebab transit di Riyadh ( tak gemar betullah kalau ada transit-transit nii ) dah tu bila sampai Malaysia pesawat Saudi berlegar-legar di angkasa KLIA selama  setengah jam sebelum landing...pening wheey kepala...
Alhamdulillah selamat sampai ke tanah air dengan bermacam-macam harapan dan azam.

**** On the whole, I prefer  performing Umrah first before ziarah Madinah...


 Dua beradik yang mengambil kami di KLIA...



Dari catatan ustaz mutawif kami...



18/12/2015
Innalillahiwainnailaihirojiun....in the crack of dawn dapat talifon Hairi dah kembali ke pangkuan Penciptanya  di rumahnya... baru je beberapa jam kembali dari tanah suci Madinah...semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman...InshaALLAH...





Saturday, 2 January 2016

TRAVELOG UMRAH 2015

Part 2 ( Makkah - Madinah )
13/12/2015 - 16/12/2015

Assalamualaikum
Bismillah...

13/12/2015... 
Pagi terakhir di bumi Makkah Al Mukaramah...di tanah haram Makkah,  jam 9.30 pagi dah ke masjid setelah letakkan bagasi di luar pintu bilik.  Sebenarnya pukul 3.00 petang dijangka gerak ke Madinah...tapi saja keluar awal nak solat apa-apa yang patut, nak menatap Kaabah...hati dan perasaan hanya DIA yang mengetahui....

"Ya ALLAH kurniakanlah umrah yang mabrur kepada kami, umrah yang kau redhai dan mulia disisimu dan terimalah segala amalan-amalan kami...Ya ALLAH jangan jadikan hari ini kali terakhir hambamu dapat menjejakkan kaki di sini, panjangkan usia kami, berikanlah kelebihan rezeki dan jemputlah kami kembali menziarahi Baitullah berulangkali dengan bertaubat beribadah mengucap syukur dan puji-pujian.  Ya ALLAH berikan taufik hidayah dan kerahmatan Mu kepada kami, permudahkanlah perjalanan pulang kami.  Jauhilah kami dari malapetaka sepanjang perjalanan kami ke bumi Madinah seterusnya kembali ke tanah air.  Ya ALLAH Kau berkatilah kami ya ALLAH, ampunilah kami ya ALLAH".

Jam 3.30 petang bas bergerak ke Madinah, separuh perjalanan singgah di R&R di kawasan Wadi Kudait.  Kebiasaannya bas-bas dari Makkah atau Madinah akan berhenti untuk penumpang rehat atau solat disini.  Sejuknya kat sini...terlalu sejuk suhu 18 darjah celcius...pemandangan gunung-ganang batu yang  sungguh sahdu dan sedih rasanya...nak meleleh air-mata ( bila tiba masa yang dijanjikan, segala gunung-ganang akan hancur lebur )...


Sampai di Madinah Al Munawarah lebih kurang jam 9.00 malam, suasana di Madinah amat mendamaikan...check-in di Hotel Holiday Villa bukannya Hotel Movenpick sebagaimana trip yang lepas, kos meningkat katanya.  After call of nature,  ke Masjid Nabawi masuk melalui pintu 25... pegi dengan suami je, anak ?? nampaknya selama 4 hari di Madinah solat sendirianlah. Usai solat, nekad untuk ke Raudhah sebab tengok pintu ternganga macam tak ramai je...jam dah pukul 11 malam... mungkin dah kurang pengunjung, terus tumpang semangkuk dengan jemaah syarikat lain...buat donno je...janji dapat masuk.  Alhamdulillah syukur sangat-sangat segalanya dipermudahkan.



 Dalam Raudhah...




14/12/2015 - 15/12/2015

Lobi hotel...


 Ziarah dalaman...



Masjid-masjid di sekitar Masjid Nabawi...


Old flea market...



Taman Bani Saedah...


Muzium...

Antara juadah yang dihidangkan kat cafe...
Didn't tickled my taste buds, no taste of Asian...
Anyway alhamdulillah...


Ziarah luar kota Madinah...

Kat ladang Kurma...

Masjid Quba... 

Alhamdulillah  Ø´ُÙƒْرًا جَزِÙŠْÙ„ً...walaupun pengunjung berpusu-pusu masuk masjid masih dapat solat dengan selesa dan tenang...


 Jabal Uhud...


 Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh...lalu sahaja.
 
 Alhamdulillah...