Friday, 11 November 2016

4H 3M PADANG / BUKITTINGGI
DAY 3

Assalamualaikum...
Bismillah...

24/10/2016 - Bukittinggi
Hari ke 3 baru tergerak hati nak ambil foto kat cafe hotel.  

Our destination today adalah ke Muzium Buya Hamka di pinggiran Tasik Maninjau yang akan melalui kelok 44 yang sangat terkenal dan menikmati pemandangan sawah padi, bukit-bukau dan gunung-ganang yang saujana mata memandang.  Sebelum sampai ke destinasi, we drop-by sebuah hentian named as Panorama Sg. Landia di kelok 37 bagi sesiapa yang nak selfie atau wefie. Kat sini boleh savour the beauty of nature...flora & fauna...dan terdapat kedai souvenir bagi yang nak beli barangan kulit, batik atau souvenir.



The journey continued to Desa Maninjau yang menempatkan Rumah Hamka yang telah dijadikan muzium. Perjalanan yang perlu melalui jalan yang berkelok-kelok, sempit dan tebing yang curam dan kiri kanan bukit terdapat banyak pokok kayu manis dan avokado.  Setelah melalui perjalanan kelok yang panjang dan tajam dalam hujan gerimis akhirnya sampai kat depan tasik yang menempatkan Rumah / Muzium Buya Hamka yang sebenarnya bernama Prof. Dr. Hj. Abdul Malik Karim Amrullah.  Beliau merupakan sasterawan Indonesia, ulama, ahli falsafah dan aktivis politik yang terkenal.  Tasik Maninjau adalah tasik yang terhasil dari kawah gunung berapi. 


Perjalanan pulang ke Bukittinggi menyinggah beberapa lokasi yang menarik yang berlatar-belakang Tasik Maninjau yang panjang.

Pemandangan yang menarik...


Kilang tebu yang diusahakan secara tradisional untuk memerah air tebu dengan bantuan sang kerbau...


Lunch yang dah lewat kat Rumah Makan Eni...


Mini kiosk petrol yang banyak terdapat sepanjang perjalanan...terutama di perkampungan...comelnya...

Dalam perjalanan ke Lobang Jepang ada breathtaking view ( Ngarai Sianok )yang menyerupai  Grand Canyon, yang terhasil dari aktiviti gempa bumi ratusan tahun dahulu. Terdapat juga gua laluan Jepun disini.

Seterusnya ke Lobang Jepang yang merupakan sebuah terowong yang dibina oleh buruh paksaan tentera Jepun yang merupakan terowong perlindungan yang menempatkan banyak bilik...dapur, bilik tamu, bilik penjara, bilik mesyuarat, ruang penyimpanan senjata, ruang intai... bla...bla...bla...And surprisingly rasa sejuk dalam lubang ni walaupun takde air-cond.  Menurut our guide, ribuan nyawa telah terkorban untuk membina Lobang Jepang ni...ruang dapur merupakan juga tempat mencincang mayat untuk di hanyutkan ke laut melalui lubang khas.  Seram juga bila berada kat dalam terowong...mengikut mata kasar takde apa-apa yang pelik...nak sampai penghujung terowong barulah diberitau oleh guide, sebenarnya banyak terdapat roh-roh berkeliaran dalam terowong...harap-harap janganlah mimpi yang eerie.  Sebenarnya ada juga ambil video sepanjang perjalanan dalam terowong...tapi tak berani nak buka hinggalah balik M'sia...tu pun tengok waktu siang...secara mata kasar, everything ok.


Lepas dari melawat terowong...singgah Pasar Atas / Bawah...saja tengok-tengok dan berjalan kaki balik hotel.

Dinner...


Lepas dinner packed barang ...nak balik dah...





 

No comments: