Saturday, 5 November 2016

4H 3M PADANG / BUKITTINGGI
DAY 2

Assalamualaikum...
Bismillah...

23/10/2016 - Bukittinggi
Sebelum turun breakfast, sempat melemparkan pandangan keluar tingkap...di kejauhan tersergam gagah Gunung Merapi dan Gunung Singgalang yang kelihatan jelas dari tingkap bilik hotel.  Difahamkan bahawa Gunung Merapi merupakan gunung yang masih lagi aktif  manakala Gunung Singgalang tidak lagi aktif.


Antara candid-shot yang sempat dirakam kat petrol kiosk dalam perjalanan ke Banda Payakumbuh.
 

Perjalanan hari kedua diteruskan ke Lembah Harau dan Kelok 9 di Banda Payakumbah...pemandangan yang sungguh mengasyikkan sepanjang perjalanan...bagi sesiapa yang suka menghayati keindahan ciptaan Allah...sawah padi, gunung-ganang, kawasan pertanian dan rumah-rumah kediaman.  Rumah-rumah kat sana walaupun kecil tapi ada daya tarikan tersendiri.  Dinamakan kelok 9 kerana memiliki 9 kelokan dan kemuncaknya ialah fly-over yang tinggi...mempunyai senibina yang unik berlatar-belakangkan hutan, lembah dan gunung yang indah dari kacamata pencinta alam semulajadi.

Destinasi seterusnya ke Perusahaan Kopi Kiniko di Tabek Patah yang merupakan perusahaan tradisional dalam pembuatan kopi dan teh.  Di sana sini kelihatan  permandangan yang sama...berlatar-belakangkan gunung-ganang dan sawah padi sambil menikmati sampel air kopi dan air daun kopi bagi penggemar kopi.
 

Singgah lunch di Rumah Makan Flora...restoran atas air yang sebenarnya sawah padi dan mempunyai banyak ruang makan.
Istano Basa Pagaruyung our next destination...istana ni di bina hanya menggunakan kayu-kayu yang dipasak dengan kukuh tanpa menggunakan paku.  Mengikut penjelasan yang diberikan, istana sekarang merupakan istana yang di bangunkan semula, manakala yang lama telah terbakar di sambar petir.  Keindahan hiasan dalaman dan luaran sungguh unik dan berwarna-warni sebagaimana di Rumah Adat Besar.


Sebelum pulang ke hotel singgah di Jam Gadang yang terkenal di Bukittinggi yang telah dibina oleh penjajah Belanda.  Kawasan sekitarnya memang menjadi tumpuan pelancong dan disini terdapat pasar yang dinamakan Pasar Atas yang menjual telekung, kain sulaman, souvenir dan macam-macam lagi.  Oleh kerana matahari pun dah nak masuk kamar beradu...kebanyakkan kedai-kedai di Pasar Atas banyak yang dah tutup pintu...cuma dapat jeling-jeling sana-sini je.
Hope to be here the next evening ( berkatalah dalam hati ).

Kat Bukittinggi ni banyak kereta kuda ( bendi ) so naiklah kita dengan Mr.Hubby balik hotel...berangan jadi Cinderella kejap.  Tapi tak selesa sebab tempat duduk yang kecik...kita dua-dua ni saiz XL/XXL ( sign of prosperity )...dan aduh mak...kuda ni tak mandi lah!!

Malam dinner nasi ayam penyek...tak sempat ambik gambar sebab  tersangatlah lapar.

Stall tauhu sumbat goreng...



BERSAMBUNG....




 

No comments: