Travelog 2
Bintulu - Miri
25/4/2014
Assalamualaikum
Bismillah....
Lepas check-out bersarapan dulu di restoran berhampiran hotel sebelum mulakan perjalanan jam 7 pagi ke Miri by car...by car? macam tak confident je...don't insult a lady driver ok...ha...ha...Kata anak dalam perjalanan susah nak cari kedai makan Islam dan kiosk petrol hanya ada satu je...tu pun yang masih berhampiran bandar Bintulu. Kalau ada rasa call of nature buanglah kat situ sebab kiosk yang terdekat jauhnya 2/3 perjalanan ke Miri...iaitu kat jalan masuk ke Gua Niah. Perjalanan ke Miri lebih kurang 178 km. Sepanjang jalan hanya ladang kelapa sawit...sesekali jumpa penempatan pribumi....tak tau suku apa. Yang paling tak gemar ialah jalan yang beralun-alun...sakit tubuh...sakit kereta. Sepanjang jalan taklah sunyi...kenderaan banyak terutama lori dan mungkin kalau melalui jalan tengah yang berliku-liku dan berbukit-bukau taklah seselesa jalan pantai...walaupun tak nampak pantai pun.
Ternyata berbeza bila masuk sempadan Miri, walaupun takde petunjuk arah (milestone) tapi lebih banyak rumah-rumah dan rumah-rumah panjang sepanjang jalan dan jalanraya pun taklah beralun sangat. Singgah di jalan masuk ke Gua Niah...di kiosk Shell...call of nature lagi, terkesima sekejap dengan tandas kat situ...but somethings are just good to be true...bersih dengan kipas angin, musik...lama-lama duduk kat dalam pun takpe....
Perjalanan diteruskan...kelihatan deretan rumah panjang yang telah menuju kearah modenisasi...bersusun kenderaan 4 x 4 dan majoriti bumbung rumah berastro...wah hebat...
Menghampiri Bandaraya Miri barulah nampak pantai dan rumah banglo hebat-hebat belaka...kaya-raya sungguh orang Miri ni rupanya...
Syukur alhamdulillah...sampai dah di Miri...seterusnya nak cari makan dan tempat tido...to be on a safe side cari hotel dulu. Kerana baru pertama kali ke Miri, mencari tempat penginapan menjadi suatu problem. Hotel memanglah banyak, tapi nak kena fikir banyak aspek...kebersihan, parking...bla...bla...akhirnya jumpalah hotel kat waterfront, tapi waterfrontnya tak macam di Kuching...sepi je dan tak menarik. Yang ada cuma rumah atas air, bot lalu-lalang, restoran chinese seafood ( manalah nak cari muslim seafood ni...sampailah balik semenanjung tak jumpa pun ). Universal Inn namanya...kalau ikutkan keselesaan bilik dan kos...lebih selesa di Bintulu, walaupun bandar kecik...so stay for 2 nights...



Dah dapat tempat bermalam, cari makanlah pulak. Pusing-pusing jumpalah Awang Mahyan Cafe...variety of foods...mee sapi, mee pok, best mee pok nya...jangan salah eja ya!...lebih kurang macam mee kolok, meenya leper macam mee telur kat semenanjung, sedapnya mee pok...tasting is believing.

Muka yang menunjukkan kepuasan makan mee pok...
Si Z nii...feverlah pulak...memang tak sihat dari mula datang, carilah klinik berhampiran Inn, pukul 7 mlm barulah klinik buka. Klinik Dinamik...macam ok je...sambil tunggu dipanggil, mulalah mata melilau perhati sana sini...terkejut berok tengok bil pesakit lain...rm400, rm368...they all pay at all cost without hesitation, berapalah pulak kena ni nanti...rm168...aduhai mahalnya. At last setelah minta dikurangkan jumlah ubat dan ditolak mana ubat yang tak berapa perlu pun kena bayar rm99...cekik darah betul...
Poyo je rupa orang demam....
Setelah terbang duit kat klinik, cari makanlah pulak...di penjuru Inn penginapan, nampaknya ramai je pengunjung dari siang tadi...mesti best!..orderlah macam-macam...nasi lalapan lagi...Bintulu lalapan, Miri lalapan...agaknya nilah makanan Sarawakian...tomyam pun order, sup pun order, sotong goreng tepung...bla bla...Nasi goreng biasa...nasi digoreng dengan telur je...sabar jelah...apa pun alhamdulilah...tempat orang kan!
Lepas makan cari pulak money changer...tukar rm300 cuma dapat dollar Brunei 115 je...Ya ALLAH rendahnya nilai ringgit kita...sok nak ke Brunei...
Selesai... gi pasar malam Saberkas...macam-macam ada dijual, termasuklah kek lapis sarawak...
Paru goreng berempah....
Selesai sudah perjalanan dan aktiviti hari kedua yang padat dan meletihkan serta menyeronokkan. What next...of course ke Bandar Seri Bengawan....In Sha ALLAH...
No comments:
Post a Comment