Thursday, 1 May 2014


Travelog  1
Semenanjung - Bintulu 
24/4/2014

Assalamualaikum
Bismillah.....

Seawal 2.30 pagi sekeluarga 4 orang bertolak dari rumah ke LCCT to start our short vacation. We determined to make the most of our vacation come rain or shine. Keluar dari rumah memanglah suasana sunyi sepi...maklumlah makhluk-makhluk dibumi sedang menyulam mimpi masing-masing. Rupanya tidak di highway...kenderaan banyaklah juga.  Sampai di parking  LCCT....wah...mana nak parking ni!..penuh dah.  Cari-cari at last dapatlah juga parking.  Agaknya bila orang-orang ni sampai atau dah berhari-hari ke parking kat parking lot ni.   Mencari parking yang murah sikit RM16 sehari...walaupun membetis agak jauh...memandangkan 5 hari akan berada dirantau orang.  Sampai je terus check-in...bording pukul 6.06 pagi, tergesa-gesalah juga solat Subuh. Selesai semua penumpang masuk hujan pun turunlah dengan lebatnya. Cuak jugalah rasa..teringatkan MH370....ya ALLAH lindungilah perjalanan kami...AMEEN.

Sampai airport Bintulu sekitar jam 8.15 pagi...kecik rupanya airport Bintulu ni...macam sunyi je...yang ada cuma airbus dan pesawat domestik ke Miri, Sibu, Kuching, Kota Kinabalu.  Boeing memang rasanya tak mendarat sebab landasan pendek.  Oh...macam ni rupanya Bintulu dengan lanskap berbukit-bukau....patutlah ramai yang pakai mitsubishi triton 4 x 4 dan yang sewaktu  dengannya...



Tunggu anak sampai...tu dia...hilang rasa rindu pada JNC...jauh dia ikut merantau...macam sedih pulak tengok dia kat Bintulu, takpelah temankan tuan dia. Sarapan mee udang, mee kolok dan nasi berlauk, tak banyak rupanya kedai makan Islam waktu siang.  Alhamdulillah dapat check-in awal kat Kemena Residence, Assyakirin Commerce Square...semua keletihan sebab kurang tido...pukul 2 dah bangun nak mulakan perjalanan. Hotel ok, mintak yang ada bilik bersambung.  Untuk bilik 2 orang...RM78, 3 orang RM88...oklah tu.  Bilik air kelas gitu...setanding 5 star di Semenanjung...dengan pintu kaca...sinki kaca biru turquoise lagi..Letak je kepala masing-masing terus belayar..

Petang dibawa anak tinjau pasar kering/basah.  Mr hubby apa lagi borong cencaluk sakan...pada hal belum lagi nak balik, ikan bilis sekilo dua. Yelah dari jauh datang, tak kiralah macamana nak bawa naik flight nanti.  Selesai...jalan-jalan dan posing-posing di Pantai Temasya Bintulu...halus dan putih pasirnya...macam gula aising, teruja tengok, saujana mata memandang Laut China Selatan.





Ke rumah sewa anak dikawasan perumahan dekat sekolah dia mengajar...rumah 2 tingkat.  Nampaknya fully furnished... sewanya  pun mahal jugak, kalau kat semenanjung dapat sewa banglo sebijik, Takpelah janji happy dengan kengkawan.

Malam keluar makan...dibawa makan restoran 'nasi lalapan' tercengang gak...apalah nasi lalapan tu! rupanya nasi berlauk samada ayam/ ikan/ sotong/udang dibakar atau goreng dan sambal tomato dan bla... bla...bla, harga pun mahal...bukan sedap sangat pun...one man's food is another man's poison...tetap agak ramai pengunjung.  Ingatkan nasi goreng seafood...nasi digoreng dengan seafood...tapi sotong dan udang digoreng dengan tepung dan disusun dikeliling pinggan. Tu pun silih berganti pengunjung...kebanyakkannya beroverall biru tua, hijau tua, oren, kuning dan mungkin banyak warna lagi...pekerja syarikat minyak dan gas yang baru balik keja agaknya, yang memang ramai di Bintulu.




 Apapun alhamdulillah syukur dengan rezekimu ya ALLAH..






















No comments: