Wednesday, 28 December 2011


CUTI YANG SEKETIKA .....

Biasalah bila nama bercuti..memanglah gembira terutama nak balik k.tgnu. Rumah kat k.tgnu dah lama x dijengok...alaa...baru 3 bulan je.  Maka bertolaklah dari Muo 4 beranak hari ahad lepas, tapi tak sangka en.suami bawa terus ke Kota Baru....waa..best nii.

Tika ni hati sentiasa berbunga-bunga .....gembira yang tak terkata. Sebabnya...'barang' yang dicari selama ni baru jumpa. Sebelum ni puas dah menjelajahi internet tuk mencari kedai bahan peralatan kek di k.baru sempena bercuti, namun 'barang' yang dicari tak berjumpa. Bukan takat di k.baru je....kedai di muar, melaka semua dah masuk..tapi hampa.

                                           Nii dia 'barang'nya........

                                                     ACUAN KEK DAM

HAPPY..HAPPY..HAPPY sesangat....rasa nak melompat-lompat macam budak-budak je. At last jumpa dialam siber. Yang wat promosi tu org ganu lak. Mulalah cari alamat dan phone no. dah dapat trus je call dan wat appointment nak gi rumah. Bersusah-payah cari.....sabar dan tahan je telinga dgn kata-kata en.suami...x peduli ape asalkan dapat. Akhirnya berada dalam simpananku. Balik muo nanti bolehlah wat KEK DAM tu.. x sabar rasanya.

Sempat gi jejalang kat tempat wat kepok kering ......





OMBAK YANG MENGGANAS........



POKOK MANGGA YANG DITANAM....TAPI X PERNAH DAPAT MAKANG BUAHNYA .......

 




Keluarga khinzir hutang yang berkeliarang  mencari makang, entah berapa banyak lagi yang ada kat dalam semak belakang rumah, xde ke orang yang celek mata buat sesuatu sebelum jumlahnya bertambah-tambah, atau tunggu sesuatu berlaku baru nak wat tindakan......hai..hai  apalah org ganu nii.......











































































































Friday, 25 November 2011

Maal Hijrah 1433

SEMPENA MAAL HIJRAH 1433

Dari semalam lagi rumah dah meriah semula dengan anak-anak yang pulang sempena menyambut Awal Muharam, bulan pertama dalam kalender Islam Masihi 1433. Hari Selasa nanti mulalah sunyi sepi lagi, begitulah situasinya silih berganti.

Walaupun dalam keadaan sibuk pegi keja balik keja sekalipun, minat tetap diutamakan ..... sempat juga mengadun kek......


                                                                 Nii..kek alunan kasih

Memang sedap kek ni...resipi asal diambil dari fb anak yang berkongsi minat. Kombinasi warna kali ni tak berapa menarik berbanding dengan yang dibuat sebelum ni.... yelah kehabisan pewarna.

Weekend ni dapatla mencuri masa bersihkan laman rumah yang dah sekian lama tak diambil kisah .....nak mencantas batang-batang dan bunga-bunga heliconia yang dah kering. Lama tak beri makan pokok-pokok ni.....baja dah abis lak...Pokok okid selalu ingat nak baja, yelah pokok manja...pokok lain lupa lak..Nak alih-alih pasu tak larat coz tak minum susu anlene gaknya.

Nii...bunga sulong heliconia yang pokoknya diminta dari nyonya yang sudi memberi....terima kasih nyonya..


Antara koleksi pokok-pokok heliconia yang ada dilaman rumah .......


Yang kat bawah ni jenis shrub......

Yang ni pulak 'bird of paradise' sejak bawah turun dari Cameron Highland 2 tahun lalu tak nak bunga-bunga..climate tak sesuai gaknya.






Saturday, 22 October 2011

LABBAIK ALLAH HUMMA LABBAIK.......

Tatkala melihat jemaah-jemaah berangkat ketanah suci Mekah, sedih rasanya...yelah diam x diam dah setahun berlalu.  Masih lagi terbayang saat-saat di balai berlepas di Kelana Jaya, yang mana anak-anak bermerah mata kesedihan.  Gembira bercampur sayu - gembira kerana menerima jemputan, sayu meninggalkan anak-anak untuk jangka waktu tertentu. Pengalaman? pastinya suatu pengalaman yang menarik yang x dpt dilupakan, pengalaman yang penuh dugaan mental dan fizikal, situasi kesesakan yang tahap maxima, perlu tahap kesabaran yang 100% dan kemanisan dalaman beribadat. Apapun segalanya telah selamat, alhamdulillah, moga diri ini mendapat haji yang mabrur....AMIN..






Kat bawah ni gmbar pertama kali menjejak kaki dibumi Madinah utk musim haji.  Walaupun pd thn.90an dulu pernah ke Madinah utk mengerjakan umrah, namun suasana dan prasaan tetap berbeza.  Dulu all in the family pergi ... anak yg kecik masa tu baru berumur 5 thn.




Sempat ambik gmbar dlm bilik hotel tingkat 4 Movenpick Madinah, tatkala tu blum ada roomate yang masuk, I'm the first, betapa mewah dan selesannya ....





Semua pengalaman di Madinah adalah manis-manis belaka, yang paling manis .... dipeluk dan dicium stranger wanita berjubah dari Middle East secara tiba-tiba.  Aduhai...terkejut rasanya, x sempat bertegur dah hilang dari pandangan.  2 minggu di bumi Madinah... bermulalah prjlnan yang penuh tandatanya dan dugaan menunggu di tanah haram Makkah Almukarramah....






Bermulalah episod UMRAH & HAJI...



Friday, 2 September 2011

MINAL 'AIDIN WAL FAIDZIN 1424H

Tidak terlewat rasanya utk mengucapkan Salam Aidilfitri bagi semua yang singgah di teratak ' Dewdrop '.  Sepuluh jari disusun memohon kemaafan andai tersilap bicara terkasar bahasa, termakan dan terminum tanpa rela, terlebih bergurau dan terkata........ampunkan ye!

Hari Raya ke5 baru dapat mencuri masa untuk updatekan blog ni, bukan kerana sibuk tapi...malas, yelah baru lepas menghadapi sebulan berpuasa....menyulam mimpi je siang malam.  Suasana lebaran masih terasa selagi masih ada balang biskut raya diatas meja.  Tahun ni buat ketupat taklah banyak sangat, alhamdulillah tak banyak yang masuk dalam perut tong sampah. 

Ni gambar homemade biskut dan kek yang sempat dibuat untuk hari lebaran ni....biskut ada yang cik anak-anak buat.





Gambar hari lebaran 2011 tak dapat dimuatkan disini sebab banyak.......nak tengok boleh buka fb ye!

Kelmarin masak laksa nyonya, terlalu sangat nak buat dari bulan puasa lagi tapi tak kesampaian...baru kelmarin dapat buat, first time masak menu tu.....alhamdulillah semua kata best......en.suami kata banyak sampah, yelah telalu banyak rencah....nak sedap gitu!  Dapatlah merasakan kekawan cik anak yang datang bertandang.

Puasa 6? lom buat lagi....makanan tengah banyak ni tak dapat nak buat, banyak godaan.  Nantilah bila dah naik keja barulah mula, insyallah.





Monday, 22 August 2011

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan

Belum terlewat lagi rasanya untuk mengucapkan salam ramadhan untuk semua....semoga amal ibadah yang kita jalani selama hampir sebulan dan seterusnya diterima olehNya..Amin.

Apa yang dibanggakan dlm. bulan yang penuh barakah ini ialah anak-anak berjaya buat  bisness juadah berbuka. Haa..nak tau juadah apa?   'APAM POLKADOT '.  Kekadang ada gak campur tgn bantu buat, alahai.......tak sanggup rasanya...melecehkan, yelah kurang minat.  Apapun tahniah buat anak-anakku yang rajin-rajin tu!  dapatlah juga duit belanja utk. raya,  bila lak nak belanja mama & ayah .........
                    
                     ' Sesungguhnya 9/10 punca rezeki adalah didalam perniagaan '












Wednesday, 27 July 2011

The fruit of harvest

 The Fruit of Harvest


Berbudi kpd tanah.....inilah ganjarannya.  Walaupun tak banyak jenis buah-buahan tapi alhamdulillah dptlah merasa tanpa membeli.  Yang sedang bermusim.......durian, manggis, pulasan je.  Rambutan budok skolah, gula batu, gading merajuk lak tahun ni.



Ciku tak putus-putus lak berbuah.  Kekadang tak sempat petik jadi rezeki pada burung-burung.  Duku dan langsat tak berbuah, tahun lepas adalah juga sikit, yelah pokok muda, baru belajar-belajar berbuah ........ tapi malangnya batang dan rantingnya dipenuhi sarang semut.  Sapa-sapa ada petua! ............



Pulasan masih lagi hijau .... mungkin bulan syawal baru masak, elokla kalau macam tu!  orang lain aidilfitri makan kuih raya, kita makan pulasan lak.  Ada sapa-sapa berhajat?.........datanglah ke kebun kita ye! tapi kena petik sendiri.

Friday, 22 July 2011

Resah

RESAH ...

Jam 7.15 pagi bagaikan malam.....waduh! tetiba ribut, rasa takut lak nak gi keja. Ku cuba mengusir resah, membaca serangkai dua doa menenang jiwa.  Eeee....klau ribut-ribut macam ni duduk dalam rumah rasa-rasanya lagi selamat. Cuaca gelap tapi hujannya? alahai....gerimis je.

Cuaca skrg memang tak boleh di ramal, yelah dunia pun semakin tua, manusia pun dah bermacam-macam perangai, mengalahkan binatang.  Kita sebagai manusia yang berpegangan, bersedialah je saat ketikanya yang telah dijanjikan tiba.  Renungkanlah .............

                    DEMI MASA ............    Sesungguhnya manusia dalam kerugian ......

                                                     INGAT 5 SEBELUM 5
       
                              Sihat sebelum Sakit
                                    Muda sebelum Tua
                                            Kaya sebelum Miskin
                                                   Lapang sebelum Sempit
                                                           Hidup sebelum Mati





Monday, 18 July 2011

Floria 2011

FLORIA 2011.....

Jumaat lalu ambik juga cuti gi Putrajaya....okid punya pasal. Seronok pegi sebab tak ramai pengunjung, yelah hari keja.  Dapatlah belek-belek, posing sana posing sini dengan encik suami dan cik anak-anak. Nak dekat tiga ratus terbang duit, tu pun beli yang anak-anak okid je, kalau yang dah bunga memang tak mampu sebab yang berkenan yang exotik.

Semestinya dalam bab beli membeli ni kita kena hati-hati kot terbeli pokok yang sama tapi harga berlainan.
Dalam pada berhati-hati tu pun terkena juga.......apala nasib. Nasib baik encik suami tak tau kalau tak.... hai kena soundlah.


Dah penat meronda duduk rehatkan kaki kejap........




Pusing-pusing .....haa....dapat satu heliconia....kuning lagi, terus je rembat. Dah beli terfikir...mana nak tanam ye! dah penuh kat garden rumah dengan heliconia, takpe encik suami, tanam jelah kat mana-mana.
HAAA.....DAH PUAS ATI.

Thursday, 14 July 2011

 HUJAN .....

Hari ni hujan lebat...ya bestnya, kalaulah ari ni tak keja....lagi best.

Walaupun hujan mentari tetap berwarna merah bukannya jingga sebagaimana dulu, mengapa ye?

Ada manusia yang tak pernah bersyukur......hujan mengeluh, panas lagi mengeluh, jadi ... macamana ye!

Sunday, 10 July 2011

Bestnya weekend

Bestnya weekend

Bila mood ada macam-macam nak buat kat rumah, biasanya hujung minggulah yang ditunggu-tunggu. Minggu ni dah set dalam kepala nak wat kek lapis. Nasib baik semua bahan-bahan ada kat rumah tambahan pula si dalilla nak buat macaroon. Macaroon memerlukan putih telur dan kek lapis tak banyak gunakannya. Jadi tak membazirlah putih telur tu. 

Semalam buat KEK LAPIS PRUNE, memang jenuh tunggu untuk melapis, dari kul 11 hingga 3 ptg. Anak dari Melaka balik lak tu, kejap je beres masuk perut. Hari ni melapis lagi....LAPIS CHEESE & CHOCOLATE lak, tapi taklah lama sangat macam semalam. Sempat juga buat macaroni goreng untuk anak bawa balik ke Senai.

Kekadang mood memasak ni tak selalu datang ..... sebab takde yang nak makan. Ni dah nak bulan ramadhan, test bakatlah, kek lapis sekarang bukannya murah, plan tahun ni insyallah tak nak beli kek lapis tapi nak wat sendiri..biar penuh satu meja HOMEMADE kek lapis, harap-harap akan jadi kenyataan, itu pun kalau takde penyakit M.



Ni kek Lapis Prune



                                                     kek Lapis Cheese & Chocolate



Tak cantik sangat lapisannya.....takpe ...... practise make perfect.





Friday, 8 July 2011

New born

Alhamdulillah, berjaya juga akhirnya setelah sekian lama menunggu untuk mengeksposkannya dengan bantuan anak-anak.