MINAL 'AIDIN WAL FAIDZIN 1424H
Tidak terlewat rasanya utk mengucapkan Salam Aidilfitri bagi semua yang singgah di teratak ' Dewdrop '. Sepuluh jari disusun memohon kemaafan andai tersilap bicara terkasar bahasa, termakan dan terminum tanpa rela, terlebih bergurau dan terkata........ampunkan ye!
Hari Raya ke5 baru dapat mencuri masa untuk updatekan blog ni, bukan kerana sibuk tapi...malas, yelah baru lepas menghadapi sebulan berpuasa....menyulam mimpi je siang malam. Suasana lebaran masih terasa selagi masih ada balang biskut raya diatas meja. Tahun ni buat ketupat taklah banyak sangat, alhamdulillah tak banyak yang masuk dalam perut tong sampah.
Ni gambar homemade biskut dan kek yang sempat dibuat untuk hari lebaran ni....biskut ada yang cik anak-anak buat.
Gambar hari lebaran 2011 tak dapat dimuatkan disini sebab banyak.......nak tengok boleh buka fb ye!
Kelmarin masak laksa nyonya, terlalu sangat nak buat dari bulan puasa lagi tapi tak kesampaian...baru kelmarin dapat buat, first time masak menu tu.....alhamdulillah semua kata best......en.suami kata banyak sampah, yelah telalu banyak rencah....nak sedap gitu! Dapatlah merasakan kekawan cik anak yang datang bertandang.
Puasa 6? lom buat lagi....makanan tengah banyak ni tak dapat nak buat, banyak godaan. Nantilah bila dah naik keja barulah mula, insyallah.
No comments:
Post a Comment