Jumaat lalu ambik juga cuti gi Putrajaya....okid punya pasal. Seronok pegi sebab tak ramai pengunjung, yelah hari keja. Dapatlah belek-belek, posing sana posing sini dengan encik suami dan cik anak-anak. Nak dekat tiga ratus terbang duit, tu pun beli yang anak-anak okid je, kalau yang dah bunga memang tak mampu sebab yang berkenan yang exotik.
Semestinya dalam bab beli membeli ni kita kena hati-hati kot terbeli pokok yang sama tapi harga berlainan.
Dalam pada berhati-hati tu pun terkena juga.......apala nasib. Nasib baik encik suami tak tau kalau tak.... hai kena soundlah.
Dah penat meronda duduk rehatkan kaki kejap........
Pusing-pusing .....haa....dapat satu heliconia....kuning lagi, terus je rembat. Dah beli terfikir...mana nak tanam ye! dah penuh kat garden rumah dengan heliconia, takpe encik suami, tanam jelah kat mana-mana.
HAAA.....DAH PUAS ATI.
No comments:
Post a Comment