PANTAI LEKA PT.JAWA
MUAR
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكات
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Lama dah tak santai-santai kat Pantai Leka Pt.Jawa ni...dulu-dulu masa muda memang rajin berbasikal 🚲 kesini dari kampung kite walaupun sorang-sorang...kite ni kan orang kampung 😉. Cuaca dulu tak ler panas lit-lit macam sekarang dan generasi dulu baik-baik rasaanya...takde dengar kidnap takde dengar murder takde orang kacau. Happy dan tenang je hidup zaman dulukala...tahun 70an, tu yang berani cycle sorang-sorang. Dulu pantainya bersih tak tercemar...banyak cengkerang...sekarang ni air laut pun dah berlumpur.
Actually Pantai Leka ni perkampung nelayan, jeti nelayan tempat berlabuhnya bot-bot nelayan beserta hasil-hasil tangkapan dari laut. Komuniti Cinalah yang monopoli restoran dan warung-warung makan kat situ. Ade juga medan selera asam pedas orang kite dan warung-warung yang jual berbagai jenis makanan waktu petang dan malam. Biasanya asam pedas lah yang popular di niagakan waktu siang. Sekarang ade playground, ade view tower untuk menikmati pemandangan sunset. Dah ade homestay bagi sesiapa yang berhajat untuk bermalam. Kawasan ni sekarang telah dibangunkan untuk riadah dan pelancongan dengan medan selera baru berhadapan pantai - belum beroperasi lagi...beserta toilet ( harap kebersihan dijaga nanti ) dan musalla ( alhamdulillah ).
📷📷📷
Bot-bot nelayan...
Fauna...🐦
Menara tinjau...
Playground...
Medan selera/gerai...
Dulu cycle dengan chopper bike 😎 sekarang takde lagi dah bike ni....
Gambo makcik dulukala tahun 70an dengan chopper bike...masih ingat lagi warna purple 😎😍.
Bile tengok gambo lama...sedih 😭😭 alhamdulillah masih bernafas hingga hari ini.
No comments:
Post a Comment