BANJIR LAGI...
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُه
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
14/12/22 - 20/12/22
Balik ganu lagi walaupun dah tau keadaan banjir kat sana ...tawakal je...“ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير” Masuk je LPT2 hujan dah mula lebat, banjir-banjir ni pun masih lagi banyak kenderaan menghala ke timur. Mungkin balik kampung...mungkin bercuti eemmm...😏kalau bercuti rugi rasanya cos hujan...nak jalan kemana!
Hari kedua settlekan bil air kat SATU untuk tempoh setahun, ke zety roses anto duit...haa...haa. Hari ketiga cuaca cerah ler juga sempat kering pakaian yang dijemur. Hari berikutnya jangan harap ler nak nampak sang mentari, Pantai Batu Buruk pun kite tak jejak kali ni. Dengo je berita kat sana naik air kat sini naik air. Luckily kat taman kite ok je...cuma ade satu malam tu drain kat depan rumah air dah naik tinggi...hujan terlalu lebat as forecasted...cuak juga. Mungkin sebab fenomena air pasang besar, ombak kuat dan ribut yang sedang berlaku. Memang ngeri rasa bila lalu pesisiran pantai Seberang Takir ke Teluk Ketapang. Alhamdulillah setakat ni belum pernah air naik tinggi kat kawasan taman kite.
Cucu yang dua orang tu silih berganti demam pulak, kejap adik kejap kakak.
Hari balik kite redah je banjir...perjalanan terhalang disana-sini.
Let picture tells a far better story...
Kakak happy...adik fever...selang sehari kakak pulak fever.
Kemas-kemas & buang kabinet...termites dah naik rumah...😠 Hilang mood.
Sempat lagi menyoping pokok ros musim - musim hujan...acara wajib ke Zety Roses...😉🌹. Tahan geram je Mr.Hubby.
Odysseia...
Hujan, air pasang...air naik kat drain depan rumah...
Pemandangan banjir otw balik Muo...ingatkan dah boleh lalu highway Ajil - Gambang...rupanya jalan ditutup due to landslide antara Ajil-Bkt Besi highway. Terpusing-pusing nak cari jalan keluar...sana sini tak boleh lepas, air naik kat jalan raya...dah hampir sampai persimpangan ke Dungun terpaksa berpatah balik hala ke Ajil...ikut jalan Kg Panchur...penduduk kat situ beritau air kat jalan tinggi...patah balik semula. Mana naik ikut ye, kite ni bukan tau jalan -jalan kampung kat Tgnu. Tawakal je follow kenderaan kat depan, takkan ler nak patah balik bandar Ktgnu...jauh tu!😩 Mesti ade jalan short-cut ke Marang. Belok simpang Bkt Apit...teruskan perjalanan at last sampai Marang walaupun terpaksa patah balik berkali-kali. Hopefully ikut jalan pantai takde masalah. Sesampai Dungun hati berbelah bagi...nak naik highway ke tak memandangkan cuaca tak mengizinkan...tak nak ambik risiko...at last teruskan pemanduan hingga persimpangan by-pass Gebeng terus ke highway...alhamdulillah. Kekadang memikirkan pengalaman menghadapi rintangan dan cabaran - full of challenges macam tu seronok pulak. Yang tak seronoknya Mr.Hubby asyik mengeluh je...yelah dia Mr.Driver paham-paham je laa.😜
Ni kat Pulau Duyung...kenderaan letak kat jalan...ade yang letak atas jambatan...kawasan rumah dah naik air agaknya...
Alhamdulillah...reached home dalam pkl.9 lebih gitu...home sweet home. 💖
No comments:
Post a Comment