ANGGUR
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُه
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah...pokok anggur ni start masuk pasu 18/10/20...dah nak masak pun 🍇. Beli anak pokok hampir setahun, beli kat RTC Wakaf Che Yeh tahun lepas...sambil menyelam minum air - masa balik Tgnu, masa tu masih boleh jejalan. Beli 2 pokok...katanya satu maroon satu itam, tapi nampaknya yang itam tu takde...hijau pulak yang diberi...kecik sikit buahnya...dah kena tipu ke!😞 Yang maroon cuma serongkoi je buahnya.
Masih fail tentang penanaman anggur ni...macamana nak bagi berbuah, kat mana nak cantas lepas berbuah. Sebelum ni cuba cantas daun dan dahan masa sedang berbuah, rupanya tak keluar tunas buah pun. Kena google nampaknya...
Tanam anggur ni untuk suka-suka je...kalau boleh semua buah dan bunga nak tanam kat laman.
Memasing 🍇 pakai baju...kalau x tak merasa. Belum tau rasa masam atau manis buahnya sebab baru first time berbuah. Nak cari juga yang kaler hitam...
Sila cuci-cuci mata ye 😉...
Yang hijau tu nampaknya banyak juga rongkoinya...
Bogelkan kejap nak ambik gambo...😁
Makcik dok tenung buah tu dah kenapa!😂😂😂😜😜...
No comments:
Post a Comment