BAKO-BAKO DIVALI
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُه
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
14/11/2020
Sepatutnya hari ni the daughters semua ada kat rumah kecuali SIL...tapi disebabkan keadaan covid yang semakin membimbangkan anak yang sepatutnya balik Semenanjung terpaksa batalkan flight kali kedua. Dan SIL tak dapat merentas negeri. Sempena cuti deepavali...sesi bako-bako dirancang anak-anak ( suka ati kamu ler...kita dah berumur ni rasa dah tak kuasa ). Kite tunggu sapade je.
Bab-bab grill seafood ni memang tak berapa minat nak buat sekarang ni. But without a second thought terjadilah bahulu cermai pulak. Buat cuma satu adunan je...lebih kurang 60 biji...enough untuk sekali hadap. Mulalah teenager memories datang balik...time-time nak raya dulu arwah mak dah mula keluarkan pasu nak enjut-enjut telur dan gula...masa tu memang guna tulang 4 kerat...jenuh nak tunggu telur dan gula naik...bakar lagi dengan sabut dan arang...berpeluh-peluh panas. Arwah mak dulu buat...nak bakar baru masuk tepung...adelah sukatannya berapa senduk/sudu bancuhan telur/gula dengan berapa senduk/sudu tepung...tak ingat dah! dan hasilnya...superb..👍 tulah dulu taknak belajar. Sekarang resipi main masuk je semua...mula-mula je ok dah last-last keras. Nak buat lagi...practise makes perfect. Sapa-sapa ade tips...share ler...kat orang jual tu lembut je kejadiannya.
Pandan coklat flake...
Yang itam-itam tu kismis...kite punya...
Tumpang bako-bako kat tanah belakang rumah.
Nak buat daging salai masak kemudian.
Ikan salmon...
Hancur pulak ikan siakap ni...
Bismillah...jemput makan.
No comments:
Post a Comment