اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُه
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Virus covid-19 yang bermula di Wuhan China telah menyerang Malaysia...seterusnya merebak di serata dunia dan umum semestinya tahu status penyebarannya di Malaysia. Oleh kerana tak dapat dibendung penyebarannya...perintah kawalan pergerakan (lockdown) asalnya bermula dari 18 mac 2020 hingga 31 Mac somehow dilanjutkan ke tarikh 14 April sebab peningkatan kes baru dan semakin serius dan mungkin akan dilanjutkan lagi andaikata tiada penurunan kes. Rasa-rasa dah 3 minggu takde solat Jumaat...masjid kosong tiada solat berjamaah...aduhai sedih dan takutnya tanda-tanda akhir zaman dan kiamat kian menghampiri. Tak sampai sebulan lagi Ramadhan menjelang...macamana dengan solat terawih di masjid ye...dapat ke tak di laksanakan.
Luckily anak di Bintulu tergerak hati nak balik school holiday break kali ni...biasanya kalau seminggu takdelah nak balik...kalau tak, dok mereputlah dia kat sana. Dah beli pun tiket flight nak balik semula pada 21 Mac...terpaksa tukar ke 31 Mac but extand lagi PKP dan at last refund duit sebab tak tau mungkin akan dilanjutkan selepas 14 April nanti...hopefully tak lah...kesian ekonomi peniaga-peniaga. Berdoalah banyak-banyak kita hamba-hamba Allah ni mohon terbaik untuk kita didunia maupun akhirat.
Antara persiapan yang diperlukan...
Cuma dapat beli sikit...beli sebelum wabak berleluasa...semuanya sold-out sekarang.
Mask...susah nak dapat...semua kedai nak beli kata habis...sorok agaknya...nasib baiklah ada simpanan sikit...
Sanitizer buat sendiri...nak beli asyik sold-out je.
Tiket awal sepatutnya berlepas balik bumi kenyalang...
Lenggang jalan...jambatan pertama ditutup.
Keluar top-up grocery yang dah menipis...kite yang tua-tua ni kena stay at home. Yang keluar berbelanja pun kena mandi dulu kat luar baru boleh masuk rumah. Sanitized barang-barang yang dibeli dulu.
Masjid pun ditutup...sedihnya...cuma sesekali kedengaran sayup-sayup azan.
Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim...berilah pengakhiran pada wabak covid 19 ni...moga hamba-hambamu dapat menjalani hidup seperti sediakala dan masjid dan surau dapat diimarahkan menjelangnya Ramadan kelak...Aamiin YRA.
No comments:
Post a Comment