Sunday, 29 March 2020

FIRST BIRTHDAY CELEBRATION

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُه
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


28/03/2020...Delisha -  our 3rd cucu's first birthday...jest a small birthday gathering. Rasanya baru je bela maknya dalam confinement period...how time flies...si baby setahun dah. Kali ni cukup corum kat rumah (sempena cuti lockdown covid - 19)...sediakan persiapan secara berjemaah...buat simple-simple je.


Preparation by second & fourth daughter...




Nasi tomato (2nd daughter), dalca (tok mama), ayam masak merah (3rd daughter) acar (1st daughter) & air sunkist (4th daughter).



Bubur merah putih & congo bar (tok mama).

 

Puding buah naga belakang rumah (3rd daughter).


Mango Puding (3rd daughter).




















Still the family was having a wonderful time together despite the covid 19 lockdown situation...and two more birthdays yet to come.

Moga menjadi anak yang solehah - Delisha Mohd Fithry & cucu yang solehah buat tok ayah dan tok mama...Aamiin.





Saturday, 28 March 2020

WABAK COVID-19


اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُه
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


Virus covid-19 yang bermula di Wuhan China telah menyerang Malaysia...seterusnya merebak di serata dunia dan umum semestinya tahu status penyebarannya di Malaysia. Oleh kerana tak dapat dibendung penyebarannya...perintah  kawalan pergerakan (lockdown) asalnya bermula dari 18 mac 2020 hingga 31 Mac  somehow dilanjutkan ke tarikh 14 April sebab peningkatan kes  baru dan semakin serius dan mungkin akan dilanjutkan lagi andaikata tiada penurunan kes.  Rasa-rasa dah 3 minggu takde solat Jumaat...masjid kosong tiada solat berjamaah...aduhai sedih dan takutnya tanda-tanda akhir zaman dan kiamat kian menghampiri.  Tak sampai sebulan lagi Ramadhan menjelang...macamana dengan solat terawih di masjid ye...dapat ke tak di laksanakan.


Luckily anak di Bintulu tergerak hati nak balik school holiday break kali ni...biasanya kalau  seminggu takdelah nak balik...kalau tak, dok mereputlah dia kat sana.  Dah beli pun tiket flight nak balik semula pada 21 Mac...terpaksa tukar ke 31 Mac but extand lagi PKP dan at last refund duit sebab tak tau mungkin akan dilanjutkan selepas 14 April nanti...hopefully tak lah...kesian ekonomi peniaga-peniaga.  Berdoalah banyak-banyak kita hamba-hamba Allah ni mohon terbaik untuk kita didunia maupun akhirat.

Statistik untuk renungan yang di google...setakat 27 Mac 2020.










Antara persiapan yang diperlukan...
Cuma dapat beli sikit...beli sebelum wabak berleluasa...semuanya sold-out sekarang.


Mask...susah nak dapat...semua kedai nak beli kata habis...sorok agaknya...nasib baiklah ada simpanan sikit...



Sanitizer buat sendiri...nak beli asyik sold-out je.


Tiket awal sepatutnya berlepas balik bumi kenyalang...


Lenggang jalan...jambatan pertama ditutup.
Keluar top-up grocery yang dah menipis...kite yang tua-tua ni kena stay at home.  Yang keluar berbelanja pun kena mandi dulu kat luar baru boleh masuk rumah.  Sanitized barang-barang yang dibeli dulu.






Masjid pun ditutup...sedihnya...cuma sesekali kedengaran sayup-sayup azan.





Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim...berilah pengakhiran pada wabak covid 19 ni...moga  hamba-hambamu dapat menjalani hidup seperti sediakala dan    masjid dan surau dapat diimarahkan menjelangnya Ramadan kelak...Aamiin YRA.






Wednesday, 4 March 2020

DEMI PEMBANGUNAN


اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُه
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ



Upgrade perparitan sedang bermula...sedihnya pokok mangga yang selama ni supply buah all year round terpaksa di korbankan...takdelah lagi mangga yang best...walaupun pokoknya tumbuh dari biji tapi buah tak putus-putus...lemak manis rasanya...jangan tanya jenis ape.  Pokoknya pun dah berusia berpuluh tahun...apakan daya.  Yang dapat dipertahankan pokok kayu manis dan durian belanda...tu pun mungkin jauh sikit dari parit.  Pokok kayu manis pun dah 33 tahun ditanam...tapi tak sihat...maybe tanah berbatu.  Lepas ni harap-harap naik suburlah pokok durian belanda cos tak bernaung lagi.

Biar saje gambar berbicara...
Tak sanggup nak tengok...




Mandor sedang memerhatikan kerja-kerja...tak senang duduk dia...
 


Pokok kayu manis...