Assalamualaikum...
Bismillah...
Harap tak kelewatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019 bagi sesiapa yang singgah kat blog ni...dengan harapan moga your new year resolution tercapai diakhir tahunnya. Sebenarnya nak mencapai setiap resolution tu memerlukan will-power, bukan sekadar kata-kata je.
Awal tahun ni kita jalan-jalan ke Sg.Buloh...lama dah tak gi nurseri-nurseri kat situ. Yang last pegi beli pokok ros...pun dah mati pokoknya. Kenangkan sebulan lagi Tahun Baru Cina...biasanya banyak pokok-pokok bunga...singgah ler kejap kat situ. Lot.57 nurseri pokok ros tutup lak hari tu...takde can lah nak tengok-tengok. Pokok yang banyak terdapat kat setiap nurseri ialah pokok limau. Yang tinggi besar mungkin cost dia mencecah ribuan ringgit...tanya gak kat pekerja situ boleh ke makan limau tu..dia kata tak boleh sebab banyak racun. Ooo gitu...patutlah sihat-sihat dan berbuah lebat dan sekata masaknya.
Kata nak tengok je tapi beli gak...beli stepping stone...murah berbanding kat tempat sendiri...RM6 sekeping...puas mengecek dengan apek tu. Satu tempat je yang jual murah, kedainya buruk jee...lupa lak Lot. berapa. Beli lagi pokok mulbery...pada hal kat rumah dah ada beberapa. Kuat godaan kat nurseri-nurseri ni...banyak variety bunga-bunga.
Stepping stone murah...
Dah tergoda dengan bunga ni...tak tahan lama katanya...cancelled...
Ni yang belum kembang bunganya...
Pokok mulberry...RM15...mintak kurang lagi tak dapat...macam beso je buahnya...tanya pekerja tak tau dari mana originnya...
Akan datang lagi kat sini...kalau no komen dari Mr.Hubby...inshaAllah.
No comments:
Post a Comment