Friday, 25 January 2019

MY MINI ORCHARD

Assalamualaikum...
Bismillah...

Having a mini orchard around the house have been my dream years ago and now the dream have come true and I' am happy walaupun tak banyak pokok yang dapat ditanam.  Actually banyak lagi pokok buah-buahan yang nak ditanam around the compound tapi kawasan yang kecik membataskan segalanya.  Keseluruhan pokok buahan yang ada kat rumah ditanam dalam pot...ada yang dah dapat makan hasilnya...yang sedang menunggu hasil dan ada yang baru ditanam.  Hanya yang minat je yang tahu perasaan gembira dan puas hati bila dah nampak  dan makan hasilnya.

Ni epal bidara...





Buah tin yang dah masak...pokok tin adalah 3/4 pokok yang dah mati...







Strawberry...



Gojiberry...buah masak selalu di curi burung...




Lemon ni ranting dah patah tinggal suku pun maintain je....


Pamelo sunkist...manis rasanya walaupun rantingnya patah sebab berat dan belum cukup tua..







Mulberry...


Ada juga cuba tanam pokok buah rare dan tak pasti boleh berbuah dalam pot atau tidak e.g pokok red love apple - dah tinggi menonjang, persimmon - ni baru tanam 2 bulan, pokok pear nearly 1 year.  Boleh tahan juga the prize pokok-pokok tu.

Next entri...inshaAllah  I'll show all the fruit trees yang ada kat laman rumah.  Gardening and me berpisah tiada.





Friday, 11 January 2019

JALAN-JALAN SG.BULOH

Assalamualaikum...
Bismillah...

Harap tak kelewatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019 bagi sesiapa yang singgah kat blog ni...dengan harapan moga your new year resolution tercapai diakhir tahunnya.  Sebenarnya nak mencapai setiap resolution tu memerlukan will-power, bukan sekadar kata-kata je.

Awal tahun ni kita jalan-jalan ke Sg.Buloh...lama dah tak gi nurseri-nurseri kat situ.  Yang last pegi beli pokok ros...pun dah mati pokoknya.  Kenangkan sebulan lagi Tahun Baru Cina...biasanya banyak pokok-pokok bunga...singgah ler kejap kat situ.  Lot.57 nurseri pokok ros tutup lak hari tu...takde can lah nak tengok-tengok. Pokok yang banyak terdapat kat setiap nurseri ialah pokok limau.  Yang tinggi besar mungkin cost dia mencecah ribuan ringgit...tanya gak kat pekerja situ boleh ke makan limau tu..dia kata tak boleh sebab banyak racun.  Ooo gitu...patutlah sihat-sihat dan berbuah lebat dan sekata masaknya.

Kata nak tengok je tapi beli gak...beli stepping stone...murah berbanding kat tempat sendiri...RM6 sekeping...puas mengecek dengan apek tu.  Satu tempat je yang jual murah, kedainya buruk jee...lupa lak Lot. berapa.  Beli lagi pokok mulbery...pada hal kat rumah dah ada beberapa.  Kuat godaan kat nurseri-nurseri ni...banyak variety bunga-bunga.

Tokey nurseri ke nii...





Stepping stone murah...



Dah tergoda dengan bunga ni...tak tahan lama katanya...cancelled...










Ni yang belum kembang bunganya...





Pokok mulberry...RM15...mintak kurang lagi tak dapat...macam beso je buahnya...tanya pekerja tak tau dari mana originnya...






Akan datang lagi kat sini...kalau no komen dari Mr.Hubby...inshaAllah.