Friday, 12 October 2018

MY LITTLE STRAWBERRY GARDEN

Assalamualaikum...
Bismillah...

Apa yang menariknya tentang strawberry? the shape of the fruit...the exotic colour...the smell of the ripen fruit...suka sangat-sangat.  Since when mula ada hati nak tanam...tak taulah...tapi yang nyata setiap kali berkunjung ke Cameron Highland mesti nak bawa balik pokok strawberry.  Tapi hayat pokok tak lama walaupun dah cuba sedaya upaya nak selamatkan...tetap failed.  

Rupanya ada juga strawberry lowland...yang tahan cuaca panas.  Pokok pertama beli strawberry lowland di nursery kat K. Tgnu...harap-harap menjadi...alhamdulillah membiak sampai sekarang.  Baru tau ada berjenis-jenis pokok strawberry yang berID walaupun buahnya nampak sama.  

Yang ada kat rumah jenis Albion beli kat (K.Tgnu) Sweet Japanese Charlie ( kat nursery Pdg.Temu ) Royal 60 ( EM Nursery ) Alpine ( online )...dah ada 4 jenis.  Tapi rasa macam sama je...masam tetap masam...bentuk ada yang panjang dan ada yang bulat.  Cuba juga semai biji buah strawberry yang di import dari luar...tapi setakat ni belum bercambah pun.  

Buahnya bila dah merah terpaksalah disampul kalau tak...tak merasalah. Di intip burung selalu...sedar-sedar dah tinggal separuh...takpelah berbagi rezeki...dalam rezeki kita ada rezeki dia.


















No comments: