Assalamualaikum...
Bismillah...
First time sampai kat sini...kedai nasi dagang atas tol. Awalnya tertanya-tanya kat tol mana ye ada kedai nasi dagang...sekitar bandar K.Tgnu ni takde lak tol. Rupanya nama je atas tol. Yelah kita ni anak beranak memang suka dan kuat makan, jadi nak cubalah kat mana-mana yang belum pernah singgah lagi. Sebenarnya anak-anak yang ikut balik K.Tgnu ni tak gemar nasi dagang...saja nak layankan parents dia je.
Kata pakcik google...kat kedai ni pagi-pagi lagi dah ramai pelanggan, so awal pagilah mencari tempat ni ikut arahan pakcik waze. Memang pun dah ramai, orang tempatanlah yang ramai berbanding pelancong. Ada dua barisan beratur...satu untuk yang tapau... satu lagi untuk yang nak makan kat situ.

Beratur panjang sampai kat jalan...
Sekali tengok rasa macam tak nak singgah je makan.
Rasanya macam kat tempat-tempat lain je...cuma gulainya pekat dan manis sikit...sapa-sapa yang suka manis tu kira okla...
Ni nasi lemak...2 orang ni memang tak suka nasi dagang...
Tuu dia...teh peng ombak rindu...
Ngeri tengok colour dia...
Selesai...alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment