EXPRESSWAY
Assalamualaikum...
Bismillah...
Khamis - 21/01/2016
Selagi sihat dan dikurniakan kesihatan yang baik, kewangan yang mencukupi...alhamdulillah...selagi tulah hasrat untuk meluaskan minda dapat di laksanakan walau dalam negara sendiri sekadar mampu. Memang dah lama pun tak ke utara Semenanjung. Kami berempat mulakan perjalanan lebih kurang jam 4 petang...tunggu anak balik keja. Semua persiapan dah dibuat terutamanya menggoggle kat mana nak stay for the nights incase terpaksa check-in tengah malam. Black Naza...elok-elok jalan dan pastikan passenger selamat ye! Insha ALLAH..
Kelancaran perjalanan sedikit terganggu lantaran pembikinan jalan sebelum sampai Seremban. Wah! lari masa nampaknya...akhirnya dapat gak maghrib kat R & R Rawang sebagaimana dirancang. Selepas dinner yang simple sambung journey, plan kalau lewat dan mengantuk nak masuk ke Tg.Malim dan bermalam. Tapi Mr. Hubby masih larat lagi memandu dan nak teruskan perjalanan. Kemungkinan nak bermalam di Ipoh...mesej member lama nak tanya hotel mana yang boleh di syorkan...tak berjawab pun mesej. Yelah kita dah bersara...orang dah tak layan pertanyaan...resam dunia. Our journey diteruskan, rehat kejap kat R & R Sg.Perak. At last we reached Seri Malaysia Hotel Kepala Batas ( Kepala Batas is a town in the northern part of Penang, located in the Seberang Perai Utara district )...bukannya Kepala Batas Kedah. Bayangkan waktu tu jam 1 pagi, sunyi dah..seram gak tengah malam buta check-in. Sebelum tu memang dah contact hotel available tak nak check-in...luckily kaunter masih open - 24 jam. Kalau tak we have to take a nap dalam kenderaan. The room was spacious and well maintained.
Jumaat - 22/01/2016
After breakfast provided by the hotel...the food was nice, we continued our journey to Perlis Indera Kayangan intended to drop-by Alor Setar later. Ingatkan nak check-in awal kat Hotel Seri Malaysia Kangar...rupanya pukul 3 ptg baru boleh masuk. So ke Padang Besarlah kita dulu, lunch kat restoren Tok Mek...mahalnya makanan kat situ. Takde barang yang boleh dibeli kat Padang Besar...mahal semuanya. Bila ditanya semua kata wang Malaysia jatuh, menyirap juga rasanya walaupun itulah kenyataannya. Yang paling bahagia ialah Mr. Hubby...dapat mencari dan membeli pokok fig ( tin ) yang sangat diidamkannya dengan harga yang perpatutan kat nursery tak jauh dari Padang Besar. Bukannya kat sini tak ada, ada tapi harganya mahal 3 x ganda harga di Padang Besar. Risau gak nak bawa pokok ni sebab banyak lagi negeri nak singgah dan bermalam. Layanan istimewa untuk pokok nii..tido bilik hotellah juga dia. At last check-in hotel...nak hotel yang ada swimming pool kata anak...ngada pulak anak dara ni...nak tunjuk yang dia dah pandai berenang...suka atilah...janji everybody happy.
Tok Mek Restoran...
Nursery kat Padang Besar...Tido dalam hotel pokok tin Mr.Hubby...
Sabtu - 23/01/2016
After breakfast also provided by the hotel, check-out dan turun menghala ke Alor Setar nak singgah rumah adik di Langgar. Sebelum tu ke Pekan Rabu ( baru ) biasalah beli-beli ikan pekasam, ikan jeruk dan yang sewaktu dengannya. Lepas makan laksa ikan sekoq singgah kejap rumah adik dan terus ke Penang ( down the memory lane ). Kalau beberapa tahun dulu memang kerap ke Penang sebab anak belajar kat sana...dan selepas konvo takdelah datang lagi. Sebelum masuk pulau ronda-ronda cari warong Char Kuey Tieow best kat Permatang Pauh yang biasa makan tapi malangnya dah takde lagi...keciwa gak rasanya dan terus masuk pulau. Sebelum check-in hotel tapau makanan dulu dan anak suggest nasi tujuh benua...macam-macamlah budak-budak ni, tak pernah dengar pulak makanan tu. Hotel Seri Malaysia Bayan Baru...hotel nostalgia...pernah berbuka dan bersahur di sini. Tak puas ati malam jalan kaki cari warong char kuey tieow lagi...Warong Sany yang berhampiran hotel yang selalu dikunjungi bilamana berada di Penang. Luckily masih teguh berdiri but the taste was different. Banyak dah perubahan di Bayan Baru, hotel dah dikelilingi bangunan-bangunan tinggi dan apartment, warung-warung berhampiran dah takde.
Hotel Seri Malaysia Bayan Baru Penang...
Nasi Tujuh Benua...Sempat berurut...
Ahad & Isnin - 24 & 25/01/2016
Check-out early after breakfast, nak ke town bimbang nanti jam sebab cuti Thaipusam. So masing-masing plan nak rasa melalui jambatan kedua Penang...perjalanan yang memakan masa lebih kurang 12 minit...seriau rasa berada di tengah-tengah selat.
And the journey continued to our next destination Cameron Highland via Simpang Pulai. Everybody were full of the joys of spring...suka sangat nak ke Cameron...dah terbayang aneka bunga-bungaan and of course strawberi yang merah menggoda. Setelah mengelilingi jalan gunung-ganang, the breathtaking scenery, the aftermath of landslides being repaired ...alhamdulillah akhirnya sampai dah di tanah tinggi. Jalan jam dari arah Tapah...ya ALLAH panjangnya, nasib baik tak melalui Tapah. Malam pertama menginap di Cool Point Hotel Tanah Rata, malam jejalan kat pasar malam Brincang. Malam kedua anak-anak cadang nak bermalam di Brincang pulak...Hotel Titiwangsa...kat hotel ni dinner ( steamboat ) and breakfast disediakan. The rain pours as forecasted but only for a short while. Cantik dan syahdunya tengok full moon di tanah tinggi...it is so true that you just need to look around to see how great ALLAH swt is. Ada satu peristiwa yang tak akan dilupakan sepanjang hidup...masa kat bilik hotel ( waktu hampir maghrib ), kedengaran satu letusan suara...tak dapat diluahkan macamana suara tu, hanya saya dan sorang anak yang dengar...mungkin yang lain tak perasan, suara macam dari arah perut gunung...dua kali berbunyi, tak tau apa dia...memang mengerikan...rasa nak turun balik cepat je... Ya ALLAH lindungilah hamba-hambamu semua...AMEEN.
Jalan jam...
Makcik ni dengan bunga tak boleh dipisahkan... |
Steamboat kat Brinchang...
Selasa - 26/01/2016
Time flies...berakhir sudah tempoh berada di tanah tinggi, pagi lepas breakfast ingatkan nak terus turun sebab kenderaan pun dah packed, rupanya ada yang nak last shopping...lagi berat muatan. Turun Tapah makan masa lebih kurang satu setengah jam. Tak taulah pokok-pokok bertahan berapa lama di tanah rendah...dahlia, stunning roses, truely lavender, strawberi. Menyinggah lagi dan bermalam di Sun Inns D'Mind Seri Kembangan ( tajaan anak ) sebab anak nak jumpa member dia.
Rabu - 27/01/2016
Check out hotel...alhamdulillah selamat sampai rumah ' HOME SWEET HOME ' dan kepuasan jelas terbayang di wajah masing-masing...isi wallet je yang dah mula susut and for me a lot of transplanting to be done.
No comments:
Post a Comment