Asalamualaikum....
WEEPING WILLOW
Lama
dah jari jemari x menaip dalam blog ni... kerana kekangan masa....
ketiadaan mood...ahh macam-macam lagi. Kali ni nak crita pasal pokok
pulak. Kalau orang x minat memang x pernah dengar perkataan
ni....WEEPING WILLOW, apa ke benda gak nya. Sebenarnya pokok ni cantik
dan exotik.. pada pandangan mata yang minat, berdaun halus yg ditanam
dalam pasu. Lemah gemalai daunnya bila ditiup angin yg sepoi-sepoi
bahasa. Memang saya suka sangat pokok ni, dek terlalu minat setiap
nurseri disinggahi untuk mencarinya. Pokok ni dah berada dilaman lebih
kurang 2 tahun. Nama saintifiknya ialah salix babylonica..terpaksalah tanam dalam pasu sebab laman kecil dah di penuhi pokok heliconia.

Rasa-rasanya kalau tanam ditanah, pokok ni akan membesar dan daunnya bagai rambut pontianak berbuai-buai ditiup angin....eeee seramnya. Sebenarnya pokok ni ada banyak spesies. Yang biasa ditanam atas tanah jenis pokok yang besar dan daunnya tebal sikit berwarna hijau kelabu. Apa pun impian untuk memilikinya telah tercapai. Ohh weeping willow....hari-hariku usap daunmu....
No comments:
Post a Comment