Friday, 29 March 2013

Asalamualaikum....

WEEPING WILLOW

Lama dah jari jemari x menaip dalam blog ni... kerana kekangan masa.... ketiadaan mood...ahh macam-macam lagi.  Kali ni nak crita pasal pokok pulak.  Kalau orang x minat memang x pernah dengar perkataan ni....WEEPING WILLOW, apa ke benda gak nya.  Sebenarnya pokok ni cantik dan exotik.. pada pandangan mata yang minat, berdaun halus yg ditanam dalam pasu.  Lemah gemalai daunnya bila ditiup angin yg sepoi-sepoi bahasa.  Memang saya suka sangat pokok ni, dek terlalu minat setiap nurseri disinggahi untuk mencarinya.  Pokok ni dah berada dilaman lebih kurang  2 tahun.  Nama saintifiknya ialah salix babylonica..terpaksalah tanam dalam pasu sebab laman kecil dah di penuhi pokok heliconia.


Rasa-rasanya kalau tanam ditanah, pokok ni akan membesar dan daunnya bagai rambut pontianak berbuai-buai ditiup angin....eeee seramnya.  Sebenarnya pokok ni ada banyak spesies.  Yang biasa ditanam atas tanah jenis pokok yang  besar dan daunnya tebal sikit berwarna hijau kelabu.  Apa pun impian untuk memilikinya telah tercapai.  Ohh weeping willow....hari-hariku usap daunmu....