Tuesday, 6 August 2013

Menjelang aidilfitri 2013.....


 Menjelang Aidilfitri 2013

 Assalamualaikum....

Hari ni dah 28 ramadhan, cepatnya masa berlalu, rasanya belum puas berpuasa dan berterawih. Tak tau ngapa nak dekat syawal ni rasa sedih dan sayu ati je....emo lah pulak. Penat..penat..memanglah seminggu kebelakangan ni rasa MACAM bnyak kerja je nak di bereskan...ia ke?

  • Biskut raya...beres...kredit utk anak-anak
  • Kerepek...out..baling dinding pun boleh pecah dinding...kekadang tu rasa mcm x betul je resipi yg diberi...nasib baiklah buat x bnyak
  • Kek lapis...mcm ada yg x kena. Mungkin buat dlm keadaan tergesa-gesa atau tubuh dah x larat...sebuku makan masa paling cepatnya 4-5 jam.  Bab kek lapis anak-anak memang x membantu.
  • Kemas rumah...memang x pegang dah...jawatan dah serah pd anak-anak
  • Persiapan memasak utk lebaran...anak-anak yg uruskan
  • Masak juadah raya...bekerjasama

Jadi..apa yg x kena...entahlah...mungkin perasaan agaknya...bnyak perkara yang mempengaruhi perasaan nii sebenarnya...

Saturday, 13 July 2013



ASSALAMUALAIKUM...


FLORIA 2013

Floria 2013 di Putrajaya...asal ada je pesta okid memang selalu tak lepaskan peluang mengunjung. Pegi 2 buah keta lak tu macam nak mengangkut sakan.  Ingatkan dah last day pengunjung dah berkurangan tapi  ramai jugak. Alhamdulillah parking tak lah susah sangat.

Memang teruja tengok bunga-bungaan...bukan saja okid, bunga-bunga lain pun sama menarik.  Mr. Husb memang kurang minat...begitu juga dengan anak-anak yang lain, cuma sorang je yang accompany ke hulu ke hilir....tu pun dah terpaksa gaknya. Memang xde sorang pun anak-anak yang mengikuti jejak kegemaran mama dia minat bungaan terutama okid dan heliconia...

 

Setelah penat pusing-pusing bandingkan harga...akhirnya belilah juga anak-anak okid...entah tahun bila nak berbunga atau mungkin mati anak pokok tu...mintak-mintak jgnlah...

Tahun 2014....tema bunga apa agaknya?  heliconia atau mawar? kalau heliconia ... datang lagi nampaknya...


 

Friday, 14 June 2013

Assalamualaikum....

RIADAH...

BUKIT BESAR  bukanlah tempat menarik untuk dilawati, yang menariknya hanya papan tanda besar 'ALLAH Peliharakan Terengganu' yang menjadi perhatian. Dan tempat ini adalah sesuai untuk pendakian dan jogging kala pagi atau petang.

Acara riadah kami adalah di tapak jogging depan JPJ / Bomba...adakala pergi berempat..adakala bertiga dan adakala berdua.  Pagi tu cuma 2 pusingan je berjalan bukannya jogging, lepas tu daki Bukit Besar...pun tak sampai atas, setakat nampak papan tanda je.  Sungguh meletihkan rasa tak daya kaki nak melangkah lagi, yelah dah berusia ni mana nak lawan org muda.


Hari berikutnya x ikut daki bukit..hanya berjalan sebanyak 5 pusingan sementara menunggu en.suami dan anak turun dari bukit.  Sebenarnya bukit ni hanya seberang jalan je dari tapak jogging.
Sambil menunggu pendaki turun...duduklah sorangan kat bangku taman menghadap kat Maidin...terpandanglah signboard 'lintasan terowong pejalan kaki'.  Cuba jengok kat dalam terowong...sungguh mengecewakan..yg ada hanya air bertakung serta sampah sarap dan semestinya sarang nyamuk membiak.  Macamana terowong boleh jadi mcm tu!.  Takde ke pihak-pihak tertentu menyedari betapa bahayanya keadaan disitu!  Nak tunggu ada org mati lemas atau kena denggi baru tindakan diambil ke?  Sepatutnya letakkanlah signboard amaran,bahaya atau bagai....Saya yg ambil gambar pun rasa ngeri nak menuruni tangga terowong berair...ish...ish...ish. ' Prevention is better than cure '




Friday, 17 May 2013

MEE TARIK WARISAN ASLI


Asalamualaikum..

MEE TARIK WARISAN ASLI

Berkunjung keKL menemani En.suami bermesyuarat tempohari berkesempatan untuk kami berkunjung ke Restoren Mee Tarik Warisan Asli buat kali ke 2. Restoren yang terletak di Sg.Besi sungguh selesa dan bersih.  Di sini menu utamanya adalah aneka mee, tuan punya restoren ini adalah cina muslim yang datang dari Negeri China yang tak tau berbahasa Inggeris apa tah lagi bahasa Malaysia.  Semua tempahan makanan ditulis sendiri oleh pelanggan berpandukan pada kod menu.  Nampaknya cina muslim ni kenalah belajar bahasa  Malaysia atau Inggeris sebab majoriti pelanggannya adalah orang Melayu.  Walau apapun mee yang diorder menepati citarasa kami sekeluarga....sorang makan sampai 2 pinggan...malu seh.

Mee mentah diadun sendiri dan dimasak segar dari dapur.  Kekadang tu rupa mee macam  tak sedap tapi....marvelous...Memang seronok tengok dia orang buat mee, bancuhan mee di uli dengan mesin, pastu di uli dengan tangan...pusing kanan, pusing kiri, dilambung...sedar-sedar dah jadi mee...memang x tau buat sendiri.

Pekerjanya adalah semua cina muslim...dari yang kecik hinggalah yang tua...rasanya family business.  Yang seronoknya masing-masing pakai kupiah putih,  yelah kupiah putih yang banyak dijual kat Mekah/Madinah kan datangnya dari Negeri China. Dan yang datang makan pun kebanyakkannya berjubah putih...macam kat negara Arab lak.  Harap-harap identiti kaum ni tak berubah walaupun makin lama berada di Malaysia. Cuba-cubalah tukar selera bagi sesiapa yang minat....mesti tak puas sekali berkunjung....nak datang lagi.



 





Add caption
















Friday, 29 March 2013

Asalamualaikum....

WEEPING WILLOW

Lama dah jari jemari x menaip dalam blog ni... kerana kekangan masa.... ketiadaan mood...ahh macam-macam lagi.  Kali ni nak crita pasal pokok pulak.  Kalau orang x minat memang x pernah dengar perkataan ni....WEEPING WILLOW, apa ke benda gak nya.  Sebenarnya pokok ni cantik dan exotik.. pada pandangan mata yang minat, berdaun halus yg ditanam dalam pasu.  Lemah gemalai daunnya bila ditiup angin yg sepoi-sepoi bahasa.  Memang saya suka sangat pokok ni, dek terlalu minat setiap nurseri disinggahi untuk mencarinya.  Pokok ni dah berada dilaman lebih kurang  2 tahun.  Nama saintifiknya ialah salix babylonica..terpaksalah tanam dalam pasu sebab laman kecil dah di penuhi pokok heliconia.


Rasa-rasanya kalau tanam ditanah, pokok ni akan membesar dan daunnya bagai rambut pontianak berbuai-buai ditiup angin....eeee seramnya.  Sebenarnya pokok ni ada banyak spesies.  Yang biasa ditanam atas tanah jenis pokok yang  besar dan daunnya tebal sikit berwarna hijau kelabu.  Apa pun impian untuk memilikinya telah tercapai.  Ohh weeping willow....hari-hariku usap daunmu....