Wednesday, 27 July 2011

The fruit of harvest

 The Fruit of Harvest


Berbudi kpd tanah.....inilah ganjarannya.  Walaupun tak banyak jenis buah-buahan tapi alhamdulillah dptlah merasa tanpa membeli.  Yang sedang bermusim.......durian, manggis, pulasan je.  Rambutan budok skolah, gula batu, gading merajuk lak tahun ni.



Ciku tak putus-putus lak berbuah.  Kekadang tak sempat petik jadi rezeki pada burung-burung.  Duku dan langsat tak berbuah, tahun lepas adalah juga sikit, yelah pokok muda, baru belajar-belajar berbuah ........ tapi malangnya batang dan rantingnya dipenuhi sarang semut.  Sapa-sapa ada petua! ............



Pulasan masih lagi hijau .... mungkin bulan syawal baru masak, elokla kalau macam tu!  orang lain aidilfitri makan kuih raya, kita makan pulasan lak.  Ada sapa-sapa berhajat?.........datanglah ke kebun kita ye! tapi kena petik sendiri.

Friday, 22 July 2011

Resah

RESAH ...

Jam 7.15 pagi bagaikan malam.....waduh! tetiba ribut, rasa takut lak nak gi keja. Ku cuba mengusir resah, membaca serangkai dua doa menenang jiwa.  Eeee....klau ribut-ribut macam ni duduk dalam rumah rasa-rasanya lagi selamat. Cuaca gelap tapi hujannya? alahai....gerimis je.

Cuaca skrg memang tak boleh di ramal, yelah dunia pun semakin tua, manusia pun dah bermacam-macam perangai, mengalahkan binatang.  Kita sebagai manusia yang berpegangan, bersedialah je saat ketikanya yang telah dijanjikan tiba.  Renungkanlah .............

                    DEMI MASA ............    Sesungguhnya manusia dalam kerugian ......

                                                     INGAT 5 SEBELUM 5
       
                              Sihat sebelum Sakit
                                    Muda sebelum Tua
                                            Kaya sebelum Miskin
                                                   Lapang sebelum Sempit
                                                           Hidup sebelum Mati





Monday, 18 July 2011

Floria 2011

FLORIA 2011.....

Jumaat lalu ambik juga cuti gi Putrajaya....okid punya pasal. Seronok pegi sebab tak ramai pengunjung, yelah hari keja.  Dapatlah belek-belek, posing sana posing sini dengan encik suami dan cik anak-anak. Nak dekat tiga ratus terbang duit, tu pun beli yang anak-anak okid je, kalau yang dah bunga memang tak mampu sebab yang berkenan yang exotik.

Semestinya dalam bab beli membeli ni kita kena hati-hati kot terbeli pokok yang sama tapi harga berlainan.
Dalam pada berhati-hati tu pun terkena juga.......apala nasib. Nasib baik encik suami tak tau kalau tak.... hai kena soundlah.


Dah penat meronda duduk rehatkan kaki kejap........




Pusing-pusing .....haa....dapat satu heliconia....kuning lagi, terus je rembat. Dah beli terfikir...mana nak tanam ye! dah penuh kat garden rumah dengan heliconia, takpe encik suami, tanam jelah kat mana-mana.
HAAA.....DAH PUAS ATI.

Thursday, 14 July 2011

 HUJAN .....

Hari ni hujan lebat...ya bestnya, kalaulah ari ni tak keja....lagi best.

Walaupun hujan mentari tetap berwarna merah bukannya jingga sebagaimana dulu, mengapa ye?

Ada manusia yang tak pernah bersyukur......hujan mengeluh, panas lagi mengeluh, jadi ... macamana ye!

Sunday, 10 July 2011

Bestnya weekend

Bestnya weekend

Bila mood ada macam-macam nak buat kat rumah, biasanya hujung minggulah yang ditunggu-tunggu. Minggu ni dah set dalam kepala nak wat kek lapis. Nasib baik semua bahan-bahan ada kat rumah tambahan pula si dalilla nak buat macaroon. Macaroon memerlukan putih telur dan kek lapis tak banyak gunakannya. Jadi tak membazirlah putih telur tu. 

Semalam buat KEK LAPIS PRUNE, memang jenuh tunggu untuk melapis, dari kul 11 hingga 3 ptg. Anak dari Melaka balik lak tu, kejap je beres masuk perut. Hari ni melapis lagi....LAPIS CHEESE & CHOCOLATE lak, tapi taklah lama sangat macam semalam. Sempat juga buat macaroni goreng untuk anak bawa balik ke Senai.

Kekadang mood memasak ni tak selalu datang ..... sebab takde yang nak makan. Ni dah nak bulan ramadhan, test bakatlah, kek lapis sekarang bukannya murah, plan tahun ni insyallah tak nak beli kek lapis tapi nak wat sendiri..biar penuh satu meja HOMEMADE kek lapis, harap-harap akan jadi kenyataan, itu pun kalau takde penyakit M.



Ni kek Lapis Prune



                                                     kek Lapis Cheese & Chocolate



Tak cantik sangat lapisannya.....takpe ...... practise make perfect.





Friday, 8 July 2011

New born

Alhamdulillah, berjaya juga akhirnya setelah sekian lama menunggu untuk mengeksposkannya dengan bantuan anak-anak.