JALAN-JALAN HATYAI
MUAR - HATYAI
30/04/2024 - 04/05/2024
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكات
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
03/05/2024 - 04/05/2024
FINAL
Hari ni last day berada di Hadyai...hotel room yang kita hub & wif duduk no.203. We just wanted to make the most of our holiday exploring foods and new places dalam jangka waktu yang singkat dengan cuaca yang membahang.
Luggage pun dah siap kemas, breakfast kat Ayuuthaya Noodles lagi. Pegi Kim Yong Market untuk last shopping kudapan...buah tangan untuk yang ada kat rumah. Beli buah berangan dah goreng dan yang mentah, beli kekacang. Jalan-jalan ni kalau tak berpecah susah nak cari barang cos memasing nak cari barang yang berlainan. So berpecahlah ikut haluan masing-masing...alaa dalam bangunan Kim Yong Market je.
Dah penat, cari pembasah tekak pulak kat Amazon Cafe. Lepas jalan-jalan window shopping kat Thai Silk Store...balik ler kat hotel tunggu solat dulu baru check-out. Waktu zuhur kat Hatyai jam 12.16 t/hari...terpaksa ler check-out lewat sikit...tu pun house - keeping dah ketuk-ketuk pintu bilik. Dia orang mana tau bab solat ni!
Ke Alisan Golden Coach Express & Tour ( kita naik bas balik TBS ) untuk simpan our luggage. Bas pukul 8 malam...lama lagi tu. Anak dah buat plan nak lunch jauh sikit...outskirt of the town, kat Ku Tao Hanging Leg Noodles Songkhla. Ingatkan tak ramai pengunjung rupanya silap ramalan. Sewa grab khas dari Hadyai - Ku Tao Hanging Leg Noodles terus ke Khlong Hae Floating Market to and fro 900bht. untuk 1 van.
Nak tunggu bas pukul 8 mlm...berurut kaki lagi kat kedai massage berhampiran. Anak kata nak abiskan duit bht Thai. Tumpang solat kat Alisan...nasib baik ade pekerja muslim...tu pun tempat solat asal boleh je...takpelah yang penting kita dah tunai tanggung-jawab pada Allah 😊.
Bas melalui Imigresen Bukit Kayu Hitam...berhenti di Changloon untuk sesiapa yang nak dinner. Dan berhenti di beberapa tempat lagi untuk call of nature 🚻. Sempat solat subuh kat TBS...naik bas Mayang Sari ke Muo pukul 8 pagi.
Alhamdulillah sampai ' HOME SWEET HOME ' 😍
Layan gambo...
📷📷📷📷👇
Breakfast at Ayuuthaya Noodles lagi...
Kat Kim Yong Market lagi...
Amazon Cafe... tunggu anak selesai shopping...tumpang sejuk, terlalu panas kat luar walaupun belum tengahari...
Hunting for Thai Silk...yang lain balik hotel...
Dah keletihan jalan kaki...balik hotel naik grab walaupun dekat ler juga.
Tunggu solat dulu dan check-out...
Simpan luggage kat Alisan dulu dan sewa grab to and fro ( sebab tempat yang nak dituju takde perkhidmatan grab ) ke Ku Tao Hanging Leg Noodles.
Ku Tao Hanging Leg Noodles...
Duduk makan tergantung-gantung kaki 😁
Khlong Hae Floating Market...
Sementara nak tunggu solat maghrib, nak tunggu bas sampai, kite bermassage lagi kat Dowrueng Saloon & Massage sebelah tempat tunggu bas dengan kos 200bht sorang.
Balik dah...bye Hadyai...🚌
Kat Imigresen Bukit Kayu Hitam...semua barang kena bawa turun...sunyi je.
Sampai TBS solat subuh dulu...tunggu bas Mayang Sari ke Muo...
Tunggu bas Mayang Sari pukul 8 pagi.
Kos bilik hotel 6026bht untuk 3 bilik tempoh 2 malam - 2 bilik 2 orang, 1 bilik 3 orang.
Sebenarnya tujuan utama ke Hatyai nak makan-makan.
Eemmm... entah berapa lama laa it will take me to get rid of this excess holiday weight...😩
Alhamdulillah...' HOME SWEET HOME '