Tuesday, 24 January 2023

CIKU
 
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُه 
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
 
Seronoknya bila pokok buah tanam dalam pasu mula keluarkan hasil...alhamdulillah.  Pokok ciku antara yang kerap berbuah, kali ni banyaklah juga buahnya berbanding musim yang lalu.  Tapi tulah...kena peram dulu baru masak, tak dapatlah sekali hadap...masaknya pun tak serentak 😒.  Rasa-rasanya kalau kat tanah bergayut-gayut buahnya.  Bila cerita pasal pokok ciku ni terbayang ler pulak pokok yang kat dusun, ade buah tapi sedekah pada burung dan tupai je...kemungkinan cik nyet 🐒 juga datang bertandang...yelah kat dusun macam-macam binatang ade, tak berkesempatan nak ambik...atau malas nak pegi! 😜.  Ade orang tak suka kat ciku ni sebab bergetah, but not me and family.


Ciku mega katanya...pokok beli kat nursery...











Keluar putik lagi...💖 U...
 

 
Ni pokok ciku tut sendiri 👇...ade 2 pasu, asal induk tanam dari biji -  ( dah anto kat dusun...entah hidup entah mati 😔 )...ciku Vietnam...lama dah tak buah-buah...puas dah cantas ✂ batang dan ranting...baja dah macam-macam baja...yang organik yang kimia, tumpang semangkuk baja pokok ros...eemm 😫.  Orang kata kena kelar-kelar batangnya...nanti nak try.
 

Alhamdulillah dapat gak merasa hasil berkebun buah kat dalam pasu ( tabulampot ) tepi-tepi rumah 😊 despite kurangnya pencahayaan matahari🌞.