Assalamualaikum...
Bismillah...
Berakhir sudah ibadah korban untuk tahun 2019 bermula 11 Ogos/10 Zulhijjah 1440 selama 3 hari...tiada lagi kedengaran takbir raya...sedih whey. Alhamdulillah tahun ni dapatlah berkorban sebahagian...me and the other half...kalau ada rezeki lebih bolehlah berkorban lagi...inshaAllah.
Juadah pun simple-simple je...sorang anak tak balik beraya dan bercuti sekolah...yang duduk nun jauh di seberang lautan. Kalau zaman dulu-dulu tak dapat beraya bersama keluarga berjurai-jurai air-mata dengar takbir raya, there's nothing like home...sekarang ni berbeza.
Tak plan pun nak buat rendang nasi impit bagai. Ni rendang daging...menantu nak makan...katanya raya kalau takde rendang tak best...makan dengan lodeh dan nasi impit je. Buat lodeh pun dengan apa yang ada dalan fridge je.
Kuah laksa Johor...memang feberet ni...selang berapa jam makan lagi dan lagi dan lagi...
Ada yang rajin buat brownies...
Till next Eidul Adha...inshaAllah.