Wednesday, 31 May 2017

SALAM RAMADHAN 2017
1438H

Assalamualaikum...
Bismillah...

Hari ni 1 Jun 2017 dah 6 hari umat Islam berpuasa...alhamdulillah.  Tahun ni bulan puasa cuaca taklah panas terik setakat ni, mendung je dan hujan sekali sekala. Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada sesiapa yang singgah di blog ni moga dapat menamatkan ibadat puasa dengan pahala yang berganda-ganda dan bertemu dengan malam Lailatul Qadar...inshaALLAH.


Juadah iftar bagi hari-hari yang telah lalu dan akan di lalui dibuat ala kadar je.  Yelah our family beriftar dan bersahur 'open air' je..suasana romantik stail kat Bali...bersebelahan pokok dan bunga heliconia.  Sink kat luar, masak kat  luar...kawasan depan rumah pun dah jadi dapur.  Kitchen utencils and accessories pun dah lupa letak kat mana...jadi guna apa yang nampak kat mata jelah.  Salah buat perancangan oleh kontraktor.  Sebenarnya adalah buat sikit renovation kat dapur...jadikan double-storey untuk penambahan bilik tidur.  Yelah anak-anak nanti bila dah berkeluarga kalau takde bilik..liat nak balik rumah...kalau rumah kampung lainlah...boleh tidur lepak mana-mana.  Dalam ruang rumah tak usah ceritalah, berselerak dan penuh barang-barang...tak boleh nak susun dah, macamanalah tetamu nak beraya nanti.  Seems like the cake sarawak oven pun rehatlah tahun ni.  Raya tak yah datang kat rumahlah...kita jumpa kat warung je...haa..haa...haa.



13/4/2017
Abislah rumah okid & tanaman kita... 
 
 27/5/2017...
Nampaknya tak siap juga hari raya ni...







Wednesday, 10 May 2017

BUAH TIN ( FIGS) - BUAH DARI SYURGA

Assalamualaikum...
Bismillah...

Can't remember start bila sukakan pokok tin ni...sebelum ni memang tak terbayang pun macam mana rupa pokok tin, one of the ancient fruits on earth...buah yang selalu disebut dalam Al-Quran...hanya tahu rupa buahnya je, tu pun yang kering.  One of the things I like really well is that tins are among the wonderful fruit crops for home gardener b'cos you don't have to spray  anything cuma dibajai je.  Now rasa bangga pulak dapat memiliki dan menjaga pokok-pokok tersebut dengan penuh kasih-sayang sebagaimana pokok-pokok bunga ros. Mesti Mr.Hubby jealous sebab menduakan dia kan! memberi perhatian pada pokok-pokok je..nak cepat pagi nak tengok pokok-pokok dan bunga-bunga.  Sebenarnya dia minat gak...tukang tanam  dan makan buah je.


Dibeli di merata-rata tempat...Perlis, Terengganu, Melaka, Muar dan online.  Yang dah mati pun ada...sayang tau sebab mahal...tu pun beli yang biasa-biasa je dan paling murah sebab nak gak ada pokok tin kat rumah.  Antara varieties yang ada...Black Jack, BTM6, Black Genoa, Excel, Alma, MD, Jumbo, VDS dan Conadria.  Yang mati...Super Jumbo dan Den Amoros...tu pun rasa nak tambah lagi tapi dah takde space.

 

Alhamdulillah...moga sentiasa mengeluarkan buah...