Friday, 29 December 2017

JALAN-JALAN LAGI...

Assalamualaikum...
Bismillah...

27/12/2017
Selagi ada yang masih berada dirumah dan dapat menemani... selagi ada yang buat riuh-riuh dalam kenderaan...ke selatanlah kita pulak untuk penutup tirai tahun 2017.

Destinasi pertama ke Kluang...semestinya Kluang Rail Coffee...dah beberapa kali jugalah datang sini...breakfastlah katakan.  Sampai dah pukul 10 pagi pun masih lagi ramai pengunjung...luckily tak lama berdiri cari tempat duduk.  Memang silih berganti...tak sempat sejuk bangku dibuatnya. 

Lepas ni nak kemana ye...xkanlah awal lagi nak balik...slow-slow jalan ke selatan lagi.  Ke IKEA Tebrau Johor Bahru...saja cuci-cuci mata.  Besar IKEA kat sini...Cheras dan Damansara pun macam sempit sikit.  Belek sana belek sini buang masa...cuci mata...kalau berkenan beli.

Nampaknya kalau ke IKEA tak sah kalau tak makan meat-ball dan yang sewaktu dengannya.

Beranganlah mamacik nii...nak bli mahal sangat...tumpang tangkap gambo je...

Menyinggah lagi...dinner kat depan UTHM...sampai rumah pun dah malam...till next year - 2018.









Saturday, 23 December 2017

A SHORT GETAWAY

Assalamualaikum...
Bismillah...

CAMERON HIGHLAND
16/12/2017 - 18/12/17
Seawal 3.30 pagi bertolak ke Cameron Highland dengan dua buah kenderaan.  




Traffic kat highway Plus pukul berapa sekali pun tetap banyak kenderaan.  Singgah di R&R Jejantas Sg. Buloh untuk solat subuh dan teruskan perjalanan ke Tapah dan sampai jam 7.30 pagi.  Hajat awal nak ikut Spg.Pulai...yelah bimbang kalau jalan naik CH jem...tapi tawakal je.  Walau berkali-kali dah gi...masih tak jemu-jemu lagi...perjalanan dalam negara je yang mampu setakat ni. Saja bawa anak cucu jalan-jalan. Menantu tak ikut cos dah habis cuti.


Alhamdulillah everything went smooth hingga ke Tanah Rata...After breakfast santai-santai dulu,  jalan sana-sini baru check-in di apartment yang disewa di Green Hill Apartment dengan sewa  RM550/- untuk 3H 2M.  Cuaca sama juga - panas lit-lit dan petang hujan dan gerimis sampai kemalam.  


Selepas rehat kejap naik ke Brinchang..jalan dah mula jem dan hujan lebat..dah pkl. 3 lebih baru dapat lunch.  


Heavy traffic - ambil keputusan untuk turun semula ke Tanah Rata...singgah ke Kg. Taman Setia a Malay village located in the neighbourhood of Tanah Rata.  Kat sini ada ladang strawberi, sayuran, cafe, homestay.  


Memandangkan jem dah tak berapa teruk...naik semula ke Brinchang, ke Kea Farm - hentian yang menjual bermacam-macam hasil pertanian dan bunga2an.  Aduhai...tergodalah pulak, tergoda je tapi tak beli, luckily tak banyak pilihan ros...yang ada mini ros je.  

Dropby kat pasar malam yang dah berpindah kat kawasan Golden Hill  in between Tanah Rata and Brinchang yang terlalu packed dengan pengunjung dan kenderaan...macam tak sanggup je nak turun.  Beli-beli apa-apa yang patut untuk dinner dan malam rebus jagung dengan rice cooker provided - nak test manis ke tak jagung tu sebelum borong bawa balik.


17/12/2017
Budak ngompol...kena urut dengan tok ayah...nasib baiklah tak tembus kat tilam...terpaksalah si ibu pagi buta cari self dobi nak basuh cadar kat Brinchang cos kat Tanah Rata takde dobi. 


Meneman anak yang dua orang lagi pegi jogging kat taman rekreasi...me and the other half just walked santai-santai je...singgah kat pasar lambak beli breakfast...nasi kerabu, nasi dagang, ayam goreng...penat jalan ni rasa laparlah pulak.  


Nak naik ke Brinchang lagi...nampaknya jem kat CH ni berterusan sepanjang cuti sekolah ni..tak kiralah hujung minggu ke tengah minggu ke...nilah risikonya pegi waktu school holiday.  Masing-masing dah lapar...terpaksalah cari makan dulu.


Siap posing-posing lagi lepas lunch...old school gitu.


Dalam keadaan kenderaan yang jalan macam semut, akhirnya sampai di Lavender Garden kat Tringkap...atas dari Brinchang.  Anak-anak dan cucu je yang masuk...tiket mahal lak tu...bagi dewasa RM10.
Malam bersteamboatlah kita kat Abang Buffet Steamboat & Grill Tanah Rata.  Sedap!!


18/12/2017
Kemas-kemas dah nak balik...nak ikut Simpang Pulai via Kg.Raja pulak.

Posing kat depan pintu apartment... 

On the way singgah Taman Agro Tourism kat Brinchang dan Cameron Valley Tea House - which nestled between Tringkap and Kg.Raja with magnificent scenery. 

Taman Agro Tourism...


Cameron Valley Tea House...

Last stop...tak ingat nama tempat nii...

Bertolak balik around  4 petang. Breathtaking scenery from Kg.Raja to Spg.Pulai...kabus tebal.

Driver dua-dua kenderaan tak tahan mengantuk dah... jadi ambik keputusan bermalam semalam di Hotel SMC  Shah Alam...kebetulan hantar anak balik rumah sewa.

19/12/2017
Bersama adik & family (cat-sitter dan penjaga rumah) semasa  kita  ke CH...nak balik Aloq Staq dah...memang saja je suruh singgah kat hotel nak beri jajan CH...tq sis...luv U.