9 April 2016
Assalamualaikum...
Bismillah...
Time flies...kejap je waktu berlalu...dah 1 Rejab dah hari ni. Bulan Rejab adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadah dan ketaqwaan marilah kita beristighfar dan berpuasa sunat sebagaimana sabda Rasulullah SAW ' Kembalilah kepada Tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia iaitu Rejab Syaaban dan seterusnya Ramadhan '
Kebetulan pula sama hari dengan birthday Mr Hubby tahun ni...birthday yang ke 62, malu pulak dah tua-tua ni nak sebut birthday. Maka berpuasalah kami hari ni dan celebrate birthday kenalah tangguh...moreover the daughters tak dapat berkumpul. Ada yang bersukan untuk TH, ada yang akan berangkat ke Jakarta/Bandung untuk lawatan sambil belajar dan yang sorang memanglah jauh di Bumi Kenyalang. It's okay, birthday man pun tak kisah sangat...for my man...Let us never know what old age is, let us know the happiness time brings, not count the years.