Friday, 1 August 2014



AIDILFITRI DATANG LAGI...2014

Assalamualaikum...
Bismillah...



Alhamdulillah...dapat merasa lagi kedatangan Syawal dan meraikannya walaupun dalam kesederhanaan.  Sehari sebelum eid terpaksalah kerja...dah tugas, nak wat macamana.  Pelanggan yang berurusan seperti biasa x pernah susut...malah makin gelap ruang legar pejabat, kenapalah nak raya barulah sibuk nak bayar cukailah...nak bayar lesenlah ... nak tukarmiliklah...nak beli kenderaan barulah, kenapalah suka berurusan at the eleventh hour, duduk-duduk je lah kat rumah, masak-masak atau rehat-rehat atau tido-tido...dah membebel pulak makcik nii...( sebab makcik ni tak dapat nak cuti.. ) Hai..cepat masa berlalu...abis dah sebulan ramadhan...rasa sedihlah pulak.








Biskut raya adalah juga buat...walaupun dalam keadaan kemalasan dan keletihan.  Gitu juga dengan kek lapis, dibuat awal sikit sebab bimbang x sempat nanti...kek ni penyediaannya makan masa yang lama, lebih kurang 4/5 jam. Mungkin kerana minat dan suka makan...walaupun letih...rasa kepuasan bila selesai membaking dan melihat hasilnya...



A day before eid...to KLIA fetching doter and beriftar inside MPV...what a nice moment to cherish.  Sebelum tu ke TAR melayankan kehendak anak-anak for last minute shopping.  Seronok juga menjadi antara beratus-ratus pengunjung yang berasak-asak di jalan TAR dan SOGO...macam rasa tak letih pulak...mungkin kat situ bahang eid lebih terasa... Drop by for rehat-rehat dan solat di masjid UPM sebelum meneruskan perjalanan ke KLIA...sesaja tengok tempat lama.



Juadah eid biasa je sebagaimana tahun-tahun lepas...hidangan wajib...ketupat dan yang sewaktu dengannya...sambal kacang, kari daging, rendang daging...rendang ayam dan lodeh dimasak pagi raya.  Kali ni masak ketupat pun tak banyak...elakkan tong sampah yang makan.

Hari pertama kunjungan ke rumah bonda, cuaca teramatlah panas...tak selesa rasanya, kalau kat rumah sendiri dah on aircond dan tido...recover balik malam-malam yang tak cukup tido..


Hari kedua rumah dipenuhi kaum keluarga yang datang bertandang...hidangan tauhu sumbat dan puding roti je...dah kenyang makan nasi berlauk kat rumah along..













Kejap je rasa masa berlalu...kat seminggu dah...sedih rasanya kenangkan malam-malam berterawih...xde bulan-bulan lain yang setanding dengan bulan ramadhan almubarak.  Moga jumpa lagi ramadhan tahun-tahun mendatang....In Shaa ALLAH....AMEEN..