Sunday, 20 April 2014

WEEKEND....18.04.2014

Weekend....18.04.2014

Assalamualaikum...

Hari minggu yang agak kelamkabut dibuatnya, nak fetch doter di LCCT...nak gi hari keluarga Mr.Hubby...dengan masalah sikecik 2 orang lagi nak handle sebab ibu mereka ada meeting.  Kekadang apa yang kita plan lari dari asalnya.

Petang Jumaat Mr.Hubby terpaksa bawak cucu ke Puteri Resort Air Keroh untuk meraikan hari keluarga bekas sekolah beliau selama 2 hari. Walaupun dah bersara dijemput gak sebab plan dari awal tahun sebelum bersara.  Kita ni kenalah pulak ambik anak kat LCCT balik dari LangkawiAlahai flight delaylah pulak...kalau tak dapat dinner bersama-sama mantan staff Mr.Hubby....xpelah xde rezeki.

Memang dah agak pun, highway Seremban memang x pernah x jam...relax...relax.  At last sampai gak kat Puteri Resort tapi majlis dah hampir selesai...dah kul 10.30 mlm...dapat gak rasa pulut  kuning.  Nasib baik dah makan mee kari kat Marrybrown LCCT tadi. Malam tinggal berdua je husb & wife....the hussle and bussle make me headache...telan panadol terus tido.

Pagi 19.04.2014 lepas sarapan aktiviti kolam renang pun bermula...jadi pemerhati je..x ambik bahagian pun...anak semua dah beso-beso... lagi pun cucu dah balik muo, bila matahari dah naik...apalagi naik ke bilik laa... Majlis selesai kul 12 tenghari...terus check-out.

안녕히 가세요

Auld Lang Syne
Should auld acquaintance be forgot,  
And never brought to mind.  
Should auld acquaintance be forgot, 
And the days of o’ lang syne!
Chorus: 
For auld lang syne, my dear 
For auld lang syne, 
We’ll take a cup o’ kindness yet 
For auld lang syne!

Ingat lagi lagu farewell kat sekolah once upon a time dulu...

Cheewah..... Mr & Mrs Nava....



Aktiviti & Panorama ...


 



  
Buah tangan dari  Pulau Langkawi...

 




Tuesday, 8 April 2014

HARI INI.......

Assalamualaikum....

Hari ini adalah hari akhir Mr Hubby bertugas sebagai Guru Besar di SKKT Ledang.... bersara dari arena perguruan.  Nampak gayanya macam kebelakangan ni dah tak sabar nak bersara..yelah mungkin dah lama bertugas ...dah 35 tahun lebih.  Tengok dia dah bersara, terasa nak juga bersara cepat.

Seminggu ni memang sibuk bebenor menyiapkan goodies untuk dia... shopping bahan bakeri dari Bangi ke Muar dari Muar ke Bangi semula cari bahan-bahan murah... alaa tak murah sangat pun.  Kek yang nak di buat ... choc moist dan cheese leleh, anaklah yang banyak membantu...bukan bantu pun, dia yang menyiapkan, dari penyediaan bahan kelengkapan hinggalah selesai untuk di punggah dalam bonet...sebab puan badan tetiba diserang migrain. Alhamdulillah selesai sudah satu bab.




 Nampaknya banyak lagi perkara yang perlu dilakukan dan dibereskan bulan mendatang ni .....nak ke sana nak ke sini... nak buat itu nak buat ini... macam rasa penat je tenaga dan otak memikirkan ....jgn tension sangat, kamu tu berpenyakit ( bisik hati ), ye tak ye juga... sapalah nak jaga kita kalau bukan diri sendiri.

4hb. April lepas baru saja antar kereta anak kat Port Klang.  Akhir bulan March antar anak balik kat LCCT, seminggu sebelum tu ambik dia di LCCT.  15hb dan 18hb nnti gi lagi LCCT antar dan ambik anak sorang lagi yang nak gi makan angin kat Langkawi lak... aduhai anak punya pasal.  Lepas tu  ke Imigresen baharui pasport ... akhir bulan terbang ke Bintulu dan xde apa aral terus ke Brunei ... penat rasanya ... banyak aktiviti di bulan Apil nii.

Belum abis lagi, Mr hubby dah sound ... bila nak balik Ganu ... yelah org dah pencen, kalau x susah nak suruh cuti ... kita lak yang sekarang ni berkira-kira nak cuti ... nak kumpul cuti untuk projek seterusnya ... InSya Allah.

Hadiah-hadiah persaraan dari guru-guru, anak-anak didik, staf pentadbiran, staf swasta, PIBG & orang persorangan...dirakamkan sebagai kenangan.