Thursday, 25 December 2014

BIAR GAMBAR BERBICARA...

25/12/2014

Assalamualaikum...
Bismillah...

KLUANG RAIL COFFEE..




19/12/2014 pagi...dlm hujan yang kejap gerimis kejap lebat, nak breakfast kat Kluang katanya ( Why Kluang?.. fobia dengan daerah nii... )...what so special about this place.  Nak ke Kluang Rail Coffee...minum kopi dan makan roti bakar...best katanya.  Dalam kepala terbayang macam kat Coffee Bean atau Kopitiam atau yang sewaktu dengannya, rupanya semua andaian salah. Bila sampai railway station tercari-cari juga tempatnya, rupanya besar sikit daripada warong.  Hujan-hujan pun ramai orang...keretapi baru turunkan penumpang, dahlah bangku xde yang kosong...tempatnya kurang selesa...terpaksa tunggu pelanggan bangun...sabar je lah.

Dah dapat tempat duduk sianak mulalah order kopi dan roti bakar...sorry ye mama tak berapa gemar minum kopi...roti bakar? bolehlah.  5 orang 10 buku roti...MasyAllah banyaknya...Mr. Hubby minum 2 gelas kopi lagi...tengok tu pinggan kosong bersusun...bukan 10 tapi tambah lagi 2, 12 semuanya, nasi lemak lagi...manalah x chubby semua..

Memang superb...roti bun bakar, kaya dan butter (anchor/tatura) kelas gitu!


 Sukalah dah dapat pengaruhi mama dan ayahnya...

 Beli kaya bawa balik lagi....

 Next destination?....Simpang Renggam...

 Atas pujuk rayu...tersampai Johor Bahru...


Dah puaslah hati masing-masing...dpt beli apa yang nak dibeli...lepas ni keja rajin-rajin, simpan duit...boleh shopping sakan lagi ye!  Bye JB..




Tuesday, 28 October 2014


THROWBACK...D'WALI RUNAWAY

22/10/201

Assalamualaikum...
Bismillah...

Plan dah 3 bulan lepas nak ke Mersing Deepavali ni...never been there before... shame on me...especially as a Johorian.  After the decision was made, google kat internet the shortest, easiest and safest route to Mersing.  Ada yang kata jalan ke Mersing sunyi dan eerie dan macam-macam lagi.  Kata-kata sebegini yang membuat ati antara nak pegi dengan tak nak pegi...yelah pegi dengan small kids.  Akhirnya tekad pegi jugak, sebab ni lah satu je daerah yang belum dijejaki di Johor...it's not wise lah...sebab ceruk rantau negeri lain dah sampai especially negeri cik siti wan kembang.



Started our journey early morning, nasib baiklah ada mr.waze...solat subuh di tol Yong Peng, sampai Kluang tak tau nak b/fast kat mana...at last teruskan je perjalanan.  Mata masing-masing melilau je..takut terlepas simpang ke Felda Nitar (jalan pintas) ke Mersing.  Orang kata ikut jalan Jemaluang jauh, sunyi dan menakutkan.  Dari Kahang ke Simpang Felda Nitar jalannya berliku-liku...berhati-hati mr.hubby drive...lori beso-beso.. dan dari Simpang Felda Nitar ke Mersing tak jauh rupanya.  Macam tak percaya je dah sampai Mersing...cenggini rupanya Mersing...kecik je bandarnya.  Sampai awal...b/fast dulu...t/hari baru boleh check-in.   Macam ni kena jalan-jalan dulu, beberapa kali sesat cari jalan ke Air Papan...at last jumpa gak.  Banyak chalet kat tepi pantai, tapi yang gah  cuma satu dua je.




Hotel Seri Malaysia kat bandar dan nampaklah juga laut...cuti-cuti macam ni ramai kat jeti nak ke pulau...ati tergerak juga nak join tapi...takpela lain kali je.

Layan kanak-kanak kecik...kanak-kanak tua mandi....


Nak balik dah.....


Kat Mersing tak banyak gerai yang jual keropok lekor siap goreng, yang rebus untuk terus makan banyaklah ( tak lalu pulak nak makan )



Makanan kat sini  agak mahal....

 
Balik Muar macam kejap je sampai Air Hitam....singgah menyinggah lagi di B.Pahat.Akan ke sini lagi...InSha ALLAH...


 

Saturday, 18 October 2014

BORNDAY

18/10/2014

Assalamualaikum
Bismillah......

SEMALAM ....17/10....hari lahir yang sekian tahun,  ia merupakan satu angka yang bergerak saban tahun menuju ke destinasi yang sebenar.  Amalan-amalan yang sepatutnya bertambah dari tahun ketahun...ni kena cermin dan muasabah diri sendiri.  Perbaiki kelemahan diri dan bersyukur diberi peluang hingga ketahap umur sebegini supaya lebih berusaha menjadi muslimat yang cemerlang disisi ALLAH...InShaAllah ( ingatan untuk diri sendiri ).

Takde yang special...memang tak nak pun, cuma some slices of SR cake..sponsored by the daughters.  Actually for me there's nothing special about that cakes...but one man's meat is another man's poison...everybody got their own point of view.

Klik sana klik sini......




HARI NI... macam biasalah kalau weekend ... cuba resipi baru ...especially kek, kali ni buat Strawberry Moist Cake ...perlu penambahbaikan rasanya sebab resipi asalnya macam tak berapa setuju dengan tekak yang cerewet nii...tapi kira oklah pada yang tak suka manis...perlu ditambah garam sikit pada adunan...biar lemak...sebab guna yang unsalted butter.  Kononnya guna Australian Fresh Strawberry tak masam...rupanya silap, sama gak dengan yang dari Cameron.  Ade ke strawberi yang manis ye!..tapi bau strawberi tu yang tak tahan....mengancam!







Saturday, 6 September 2014



JALAN-JALAN HUJUNG MINGGU...

5/9/2014

Assalamualaikum...
Bismillah...

Pagi lagi dah gerak ke KL...breakfast dulu kat R & R Air Keroh.  Destinasi utama...Wira Saujana kat Batu Caves...adalah hal  sikit.  On the way antara Tangkak ke Air Keroh ada lak accident, lori terbalik...terbabas ler tu. Yelah pemandu lori sekarang bukan tau bawa lori pelahan-lahan ikut had laju.  Kalau nak mohon GDL tau pulak berhemah.






Luckily ada waze...kalau x memang tak tau nak tuju ke Batu Caves...jalan KL sekarang lintang pukang bercelaru.  Kejap je urusannya.  Mana lagi ye nak pegi?..ke bandar...apa lak nak cari.   Mr Hubby dah relax-relax je kat back-seat...ikut je kemana sianak nak bawa.  At last Restoran Mee Tarik Warisan kat Jalan Dang Wangi, Sg. Besi jadi pilihan.  Rasa-rasa dah 5 kali kesini, pemiliknya Cina Muslim dari negara China.


Selesai makan ke Bangi pulak...bank-in duit kat sini ha.. ha.. ha.., kedai yang wajib singgah bila ke sini...Yummie pembekal bahan-bahan bakeri.



Friday, 1 August 2014



AIDILFITRI DATANG LAGI...2014

Assalamualaikum...
Bismillah...



Alhamdulillah...dapat merasa lagi kedatangan Syawal dan meraikannya walaupun dalam kesederhanaan.  Sehari sebelum eid terpaksalah kerja...dah tugas, nak wat macamana.  Pelanggan yang berurusan seperti biasa x pernah susut...malah makin gelap ruang legar pejabat, kenapalah nak raya barulah sibuk nak bayar cukailah...nak bayar lesenlah ... nak tukarmiliklah...nak beli kenderaan barulah, kenapalah suka berurusan at the eleventh hour, duduk-duduk je lah kat rumah, masak-masak atau rehat-rehat atau tido-tido...dah membebel pulak makcik nii...( sebab makcik ni tak dapat nak cuti.. ) Hai..cepat masa berlalu...abis dah sebulan ramadhan...rasa sedihlah pulak.








Biskut raya adalah juga buat...walaupun dalam keadaan kemalasan dan keletihan.  Gitu juga dengan kek lapis, dibuat awal sikit sebab bimbang x sempat nanti...kek ni penyediaannya makan masa yang lama, lebih kurang 4/5 jam. Mungkin kerana minat dan suka makan...walaupun letih...rasa kepuasan bila selesai membaking dan melihat hasilnya...



A day before eid...to KLIA fetching doter and beriftar inside MPV...what a nice moment to cherish.  Sebelum tu ke TAR melayankan kehendak anak-anak for last minute shopping.  Seronok juga menjadi antara beratus-ratus pengunjung yang berasak-asak di jalan TAR dan SOGO...macam rasa tak letih pulak...mungkin kat situ bahang eid lebih terasa... Drop by for rehat-rehat dan solat di masjid UPM sebelum meneruskan perjalanan ke KLIA...sesaja tengok tempat lama.



Juadah eid biasa je sebagaimana tahun-tahun lepas...hidangan wajib...ketupat dan yang sewaktu dengannya...sambal kacang, kari daging, rendang daging...rendang ayam dan lodeh dimasak pagi raya.  Kali ni masak ketupat pun tak banyak...elakkan tong sampah yang makan.

Hari pertama kunjungan ke rumah bonda, cuaca teramatlah panas...tak selesa rasanya, kalau kat rumah sendiri dah on aircond dan tido...recover balik malam-malam yang tak cukup tido..


Hari kedua rumah dipenuhi kaum keluarga yang datang bertandang...hidangan tauhu sumbat dan puding roti je...dah kenyang makan nasi berlauk kat rumah along..













Kejap je rasa masa berlalu...kat seminggu dah...sedih rasanya kenangkan malam-malam berterawih...xde bulan-bulan lain yang setanding dengan bulan ramadhan almubarak.  Moga jumpa lagi ramadhan tahun-tahun mendatang....In Shaa ALLAH....AMEEN..



Thursday, 26 June 2014


Floria 2014

Assalamualaikum
Bismillah...

Satu hari yang merugikan buat diri ini...hajat hati nak hepi-hepi kat floria..tapi..yelah kita merancang ALLAH menentukan.  Dari segi masa agaknya rugi tapi kewangan memang tak rugi...tak berbelanja sakan pun.

Awal pagi dah ke KLIA antar anak, kali ni tak naik AirAsia tapi MAS, untung sikit katanya..yelah dia dah selalu ulang-alik tahulah perbezaannya... tak perlu bayar luggage dan ada disediakan breakfast kat dalam flight walaupun sekadar sandwich je.  Lepas je dia boarding, beransurlah balik....oopss ke Putrajaya dulu.  Masa tu badan dah rasa seram sejuk je, memang pun dari rumah dah rasa...dah pun telan panadol.  Tetap nak gak pegi Floria kat Putrajaya tu.  Memang tak miss tiap tahun come rain or shine.  Nilah yang terjadi dalam situasi sekarang...terpaksa berlagak sihat kalau tak bye-bye Floria.  Akhirnya terpaksa surrender...



Dah kena bayarlah pulak.....









Digagahi gak kaki melangkah..lutut dah rasa lemah, tak larat nak jalan...memapah macam orang sakit bebenor, dah tak berkuasa lagi ke panadol nii!  tengok okid pun sambil lalu je..betul ke ni nor sa'dah? kata anak...macam tak percaya je!...selalunya mengila tengok  okid...kalau boleh semua nak beli...dah ada ke belum ada ke...kali ni sejenis pun tak beli...tak tambah pun koleksi.













Macam nak gaduh je....
 
Mr.Hubby tengok anak-anak pokok pun dalam hati ini berkata ....alaa...cepatlah, dah tak larat lagi nii..tapi tak berani nak luahkan sebab jawapannya mestilah...tadi beria-ia bebenor nak datang...Rupanya dia pun macam nak demam gak, tapi masih boleh bertahan.   Akhirnya memapahlah perlahan-lahan husb & wife ni ke kereta...let the daughters having their own sweet time..snapping photo here and there...jealousnya.  Never mind...next year InSYA ALLAH ada lagi..bertemakan heliconia kot...yeah!