DIUJI..
First entry untuk tahun 2012..lamanya x update blog, bulan Mei dah ni, banyak peristiwa suka duka,serta beberapa musibah yang melanda dalam keluarga. Flash back to the year 2011, berapa markah yang Allah dah beri pada ku, berapa banyak amalan yang telah dilaksanakan dan diterima olehNya, berapa % tahap kesabaran yang telah dapat dipertahankan....Adakah tahun 2012 akan lebih baik dari tahun 2011? hanya diri sendiri yang dapat menentukan.
23/4/12
Balik ganu... balik ganu...happynya ,memang semestinya happy bila balik Tgnu, x perlu fikirkan nak gi keja dan macam-macam lagi. Kali ni bersama 2 anak dan cucu sulong ( pertama kali dapat larikan dia dari ayah/ibunya untuk dibawa bersama)....percutian yang menguji kesabaran, ketabahan minda dan ketahanan fizikal...kalaulah tau apa nak berlaku....cancel cuti..
Bertolak kul 2.30 ptg. segalanya ok je..1/4 perjalanan lagi nak sampai kedestinasi... kat jalan bkt.besi..kenderaan ditimpa musibah, x taulah sapa yang busuk ati sengaja letakan cangkuk besi ditengah jalan atau besi tu jatuh dari lori, x taulah. Andaikata disengajakan..ya Allah, jahatnya manusia tuu. X dapat nak elak, terlanggarnya besi tu, terus je pancit tayar belakang. En suami terus je belok kekanan jalan dan berhentikan kenderaan....entah kat mana lokasi, malam-malam kul 9.00 x dpt nak cam, memang dah sah koyak tayar belakang, nasib baik torch-light memang sentiasa ada dlm keta. Maka bertungkus-lumuslah 3 beranak menukar tayar....harap-harap xde orang jahat.
Alhamdulillah selamat...perjalanan diteruskan.......
Cuaca diK.Tgnu sangatlah panas...x kira siang atau malam, dah lama x ujan gaknya. Kesian sang kipas yang terpaksa berkhidmat siang dan malam. Memang seronok....makan, tido, rehat, jalan-jalan....buang jauh-jauh semua perkara yang menyusutkan dan menyerabutkan minda. Sikecik batrisya pun happy je....x ingat ibu,ayah dan baby darwisy.
kat batu burok
kat rumah tgnu
kat rumah tgnu
kat batu burok
25/4/12
Hari rabu dilanda musibah lagii....naza bermasalah di pantai tok jembal, berhampiran airport k.tgnu. Aduhai... dah nak maghrib buat hal lak, terpaksa di'tow' keworkshop. Sabar...sabar...apalagi hikmahnya!.Alhamdulillah...ada hamba Allah yang sudi menumpangkan keworkshop malam malam buta seterusnya menghantar kerumah...t/kasih, Allah saja yang dapat membalas budi baik tuan/puan. Tuan workshop kata seminggu baru siap...hah!..nak gelap mata rasanya.
Maka berbincanglah kedua suami/isteri camne nak buat...keputusan diambil..t.hari kamis pinjam moto jiran sebelah terus beli tiket balik muo malam jumaat. Tiket ke muo tak cukup lak untuk 5 orang, ke melaka ada...melaka, melakalah. Dengan perasaan keciwa, hampa, berat ati tinggalkan naza...baliklah ke muo naik bas transnasional jam 8.30 malam.
Sampai kat melaka sentral 5.00 pagi....