Friday, 25 November 2011

Maal Hijrah 1433

SEMPENA MAAL HIJRAH 1433

Dari semalam lagi rumah dah meriah semula dengan anak-anak yang pulang sempena menyambut Awal Muharam, bulan pertama dalam kalender Islam Masihi 1433. Hari Selasa nanti mulalah sunyi sepi lagi, begitulah situasinya silih berganti.

Walaupun dalam keadaan sibuk pegi keja balik keja sekalipun, minat tetap diutamakan ..... sempat juga mengadun kek......


                                                                 Nii..kek alunan kasih

Memang sedap kek ni...resipi asal diambil dari fb anak yang berkongsi minat. Kombinasi warna kali ni tak berapa menarik berbanding dengan yang dibuat sebelum ni.... yelah kehabisan pewarna.

Weekend ni dapatla mencuri masa bersihkan laman rumah yang dah sekian lama tak diambil kisah .....nak mencantas batang-batang dan bunga-bunga heliconia yang dah kering. Lama tak beri makan pokok-pokok ni.....baja dah abis lak...Pokok okid selalu ingat nak baja, yelah pokok manja...pokok lain lupa lak..Nak alih-alih pasu tak larat coz tak minum susu anlene gaknya.

Nii...bunga sulong heliconia yang pokoknya diminta dari nyonya yang sudi memberi....terima kasih nyonya..


Antara koleksi pokok-pokok heliconia yang ada dilaman rumah .......


Yang kat bawah ni jenis shrub......

Yang ni pulak 'bird of paradise' sejak bawah turun dari Cameron Highland 2 tahun lalu tak nak bunga-bunga..climate tak sesuai gaknya.