Saturday, 22 October 2011

LABBAIK ALLAH HUMMA LABBAIK.......

Tatkala melihat jemaah-jemaah berangkat ketanah suci Mekah, sedih rasanya...yelah diam x diam dah setahun berlalu.  Masih lagi terbayang saat-saat di balai berlepas di Kelana Jaya, yang mana anak-anak bermerah mata kesedihan.  Gembira bercampur sayu - gembira kerana menerima jemputan, sayu meninggalkan anak-anak untuk jangka waktu tertentu. Pengalaman? pastinya suatu pengalaman yang menarik yang x dpt dilupakan, pengalaman yang penuh dugaan mental dan fizikal, situasi kesesakan yang tahap maxima, perlu tahap kesabaran yang 100% dan kemanisan dalaman beribadat. Apapun segalanya telah selamat, alhamdulillah, moga diri ini mendapat haji yang mabrur....AMIN..






Kat bawah ni gmbar pertama kali menjejak kaki dibumi Madinah utk musim haji.  Walaupun pd thn.90an dulu pernah ke Madinah utk mengerjakan umrah, namun suasana dan prasaan tetap berbeza.  Dulu all in the family pergi ... anak yg kecik masa tu baru berumur 5 thn.




Sempat ambik gmbar dlm bilik hotel tingkat 4 Movenpick Madinah, tatkala tu blum ada roomate yang masuk, I'm the first, betapa mewah dan selesannya ....





Semua pengalaman di Madinah adalah manis-manis belaka, yang paling manis .... dipeluk dan dicium stranger wanita berjubah dari Middle East secara tiba-tiba.  Aduhai...terkejut rasanya, x sempat bertegur dah hilang dari pandangan.  2 minggu di bumi Madinah... bermulalah prjlnan yang penuh tandatanya dan dugaan menunggu di tanah haram Makkah Almukarramah....






Bermulalah episod UMRAH & HAJI...